30.8.07

Happy Birthday Muhammad Fayyad Amiruddin


Alhamdulillah hari ni genaplah umur hero ibu yg kedua setahun. dah mcm2 gaya adik tunjukkan. dlm usia setahun adik dah terror berlari, gigi dah ada 6 btg 2 bawah 4 atas, dah pandai pggl abah, dah blh lambai, dah blh joget sikit2, dah blh ikut abg bunyi mcm lion dan dah blh ngajuk lori mack ngantuk. kahhh..kah....kah... dan mcm2 lagi gaya adik tunjukkan. tp sian, ari ni adik demam sbb tu ibu cuti. tadi sempatlah pegi beli kek untuk adik fayyad masa adik tidur. ibu keluar ngan abang. pastu abang yg pilihkan kek. kek x banyak pilihan. nak tempah khas amik masa pula so pilih mana yg ada jer. ingatkan nak buat sendiri siap dah tempah edible image tp hampehhhh.... x buat juga. HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!! ibu doakan supaya Fayyad dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mudah bertemu jodoh dengan gadis yg baik kelak, menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab terhadap keluarga dan Tergolong dalam hamba2 Allah yang beriman, umat Nabi Muhammad S.A.W yg beriman dan menjadi salah seorang ahli Syurga Al-Jannah. Amin.....

28.8.07

dah 31 thn




hari ini alhamdulillah umur ku dah mencecah 31 thn. Alhamdulillah, walaupun x mempunyai pencapaian yg hebat seperti pencapaian mereka2 yg sebaya dgn ku sprt tiger wood, norman hakim, edry Kru dan ramai lagi tp aku bersyukur, sekurang2nya aku kelihatan hebat di mata anak2 ku, aku dirindui dikalangan ahli keluargaku dan aku dicintai oleh suamiku. diharapkan perasaan itu akan berkekalan di hati mereka hingga ke akhir hayat mereka. aminnnn....

hubby merupakan org pertama yg mengucapkan happy birthday pd ku. indahnya rasa... hubby nak belikan kek tp aku x nak. biarlah sekali harung dgn baby fayyad sbb birthday baby fayyad 29hb Ogos. tpt pkl 12 mlm aku menerima sms dari famili. mula2 dari angah, kemudian dari mak, lepas tu ayah, abg jal dan last sekali si kecik usu. alhamdulillahhhh... sayang my famili.

24.8.07

Che' Ngah & Abdul Rahim's famili

HAhhhhh!!!! ini adalah antara org2 info96 yg menonjol masa kita org belajar dulu. bukan apa pernah jadi JPP (Perwakilan Pelajar) kita org, sbb tu menonjol di ikuti dgn minat yg amat tinggi terhadap Hattan. Che' Ngah nampak mcm brutal tp jiwang sbnrnya, meleleh bila dgr lagu hattan. Kahhh...kah.... Glamer dgn panggilan Che' Ngah. knp che' ngah? kalau aku x silap sbb dia anak kedua. geng2 kelantanlah yg paggil dia che'ngah dulu. che'ngah asal dari Kuantan Pahang.
Nama sebenarnyer Akizaroswati dan telah bertemu jodoh dgn en. Abdul Rahim. kini telah mempunyai seorang putera yg wajahnyer tak mirip wajah che'ngah he...he...lebih kpd wajah bapa.

Inilah gambar famili Akizaroswati & Abdul Rahim (eksklusif gambar kahwin che'ngah. org lain x ada aku jer yg ada.)bersama heronyer...

Adam bin Abdul Rahim (2006 - 4 kg)

22.8.07

Mer & farish's famili

Jeng...Jeng...Jeng.... Bila Larut malam tara kuca..ca, tara kuca...ca... couple ni pun kedua2nyer warga Info96. nama glamer nyer cik mer atau lojet ngan manbai. kedua2 nyer artis. sorang penyanyi ala2 saloma dan lagi sorang man bai. he.... jgn marah hahh.....Cik Mer nyanyi sedapppp.... dan dia memang suke nyanyi. tp satu lagu yg aku paling suka cik mer nyanyi ialah lagu happy birthday versi tamil. BESTTTT!!! gilerrrr.... Cik Mer Ipoh mari tp sekarang famili dia kat setiawan farish pula JB mari. sekarang dia org menetap kat Pandan.... aku x ingat Pandan apa. tp kat KL. lagi satu aku gelar cik mer ni kambing sbb suker sgt makan ulam-ulam hijau. tp itu yg elok. x hairanlah body cik mer maintain jerrrr....

inilah gambar famili Roszaida Mohammed Said & Farish Mohd Taha



18.8.07

P'nut & Mior's famili

Norsyafinaz Samsudin atau lbh glamer puan p-nut gitu. kita org sama tp x serupa. he...he... size badanlah. masa kat uitm dulu org selalu confius aku ngan p-nut. dia org sll panggil aku p-nut. blhlah tumpang glamer sekejap.

p-nut asal Sungai Petani, Kedah gitu. hubby dia en. Mior Akram B. Hj. Mior Nawawi asal Perak. kalau aku x silap kuala kangsar. p-nut antara mereka yg terawal kahwin dlm warga info96. lps konvo jer terus nikah, pastu terus dpt hero hansem Mior Adha Najmi. sekarang dia org menetap kat Putrajaya. kalau nak tau lbh lanjut pasal pn p-nut bolehlah click kat sebelah melawat blog pn p-nut. best..... kalau lapar boleh order cupcakes ngan dia sekali. he..he.... p-nut sorang yg kreatif dan aku ingat lagi, Garfield adalah kartun kegemaran p-nut. aku mempunyai satu kenangan yg terindah dgn p-nut. aku, p-nut ngan angah jer yg tau. KAhhhh...KAhhhh....

inilah gambar famili Nor Syafinaz Samsudin & Mior Akram Mior Nawawi dan putera handsomenyer.....

Mior Adha Najmi Bin Mior Akram (2001)

17.8.07

Jan & McNa's famili

hahhhhhh ini lagi satu couple yg kedua2 nyer terdiri dari warga info96, Noor Haslizan (Jan) ngan Norazlina Zainuddin (mcna), tp couple ni x ngorat dlm class they all baik.lg pun class dia org lain2. kalau aku x silaplah dia org ni couple dah hujung2 sem. He...he.... Husband Kedah mari, wife Kelatan mari. sekarang menetap kat puncak Alam, Shah Alam dan juga telah dikurniakan dua org hero. Hah yg ini pun baby semangat.


Inilah hero2 Jan dan McNa.
Ammar Farhan bin Noor Haslizan (2005)(4.3 kg)
Asyraf Firdaus Bin Noor Haslizan (2006)(3.8 kg)

16.8.07

Kie & M.Fadil's famili

Keluarga Juzakiah + Muhammad Fadil adalah couple Perak mari. husband n wife kedua-duanya Perak. Kie asal dari sungkai (semalam telah dicompemkan oleh kie yg hubby dia pun berasal dari Sungkai). Kira couple of Sungkai lah.. Kie adalah warga Info96 dan sekarang menetap di sungkai kalau x silap) kalau salah nanti i betulkan ok tp yg pasti dia duduk Perak. Kie kini telah mempunyai sorang puteri yang telah berusia 2 tahan. comel gitu. masa kie kahwin aku x dpt pegi sbb masalah2 teknikal. He...he...

inilah gambar famili Juzakiah Abd Talib & Muhammad Fadil bersama puteri comelnyer...
Fadhlin Nazira Binti Muhammad Fadil (2005)

Keluarga Apoi + Faiz

Teringin pula nak masukkan famili2 Info96 dlm blog aku. sajer jer sebagai kenangan. Sememangnya Info96 adalah salah satu kenagan terindah yg pernah berlaku dlm hidup aku. banyak suka duka semasa menjadi warga Info96. tapi rasanya banyak manis dari pahit. He.... he...

untuk memulakan projek aku ni biarlah aku ceritakan dulu perihal keluargaku yang mana kedua2nya adalah warga info96. he...he.... ngorat dlm klass u.

inilah me and my husband.
SAIFUL ABDULLAH & NOOR FAIZAH MOHD FAUZI.

sorang johorian dan sorang sabahan. jumpa kat uitm shah alam sekarang dah ada dua orang hero.

Muhammad Fauzan Amiruddin Bin Saiful (14.10.2004)
Muhammad Fayyad Amiruddin Bin Saiful (29.08.2006)


sekarang kita org menetap kat Kulai, johor dan kerja kat Johor Bahru, Johor. tiap2 hari merempuh jam. pegi dan balik. sian my hero2 tiap hari ibu ngan abah balik lewat. jadi bila hujung minggu itulah masa utk keluarga.

3.8.07

Zul Azmi's famili drop by

lupa nak cite, ari tu zul azmi atau kitaorg bdk2 info96 panggil dia jingga dtg umah ngan famili dia. bestttt... sbb ddah lama x jumpa ngan kawan2 info.96. last jumpa raya 2004 masa kita org pegi beraya kat umah diaorg kat Segamat. actually jingga dah jadi lecturer kat uitm, wife dia sekarang dah buka bussiness kat segamat. aku suka dia org dtg sbb w/pun wife dia tu aku kenal lepas become mrs. jingga tp dia ramah dan very friendly. enjoy talking with her.

mereka dtg bersama heronye Azim. very handsome guy. tp kelakarnya berebut abah ngan fauzan. azim x kasi fauzan dekat ngan abah fauzan, dia asyik peluk2 abah jer. fauzan mcm hairan sekejap sbb azim manja ngan abah fauzan bukan abah azim. kelakar betul. sekarang jingga ngan wife tgh menunggu baby yg kedua pula. kalaux silap this december. insya allah semuanya akan selamat, ibu ngan anak. amin.......hah inilah gambar azim hero jingga.



diaorg sampai kat umah lbh kurang kul 8 mlm sampai ke pkl 11 mlm. banyak sangat bual sbb dah lama x jumpa. mlm tu kita org msk utk dinner tp msk yg simple2 jer. sib baik mak tolong masak. yelah air tgn mak lagi sdp. he...he.... mak masakkan lemak nangka, ikan bawak tomato ngan goreng ikan kering, fuhhhh sodapppp..... aku cum masak nasi ngan goreng udang. alhamdulillah nampaknya resepi2 tu berjaya menambat hati para tetamu. tp apa yg plg aku suka abg kata lauk mlm tu sedap dan kena. pemilihan menu aku yg buat. jadi sukerrrr giler bila abg puji. aku x kisah org kata apa, yg penting apa my hubby kata. :D udang goreng tu pun sedap kata abang. resepi udang tu 1st time aku masak. risau gak x jadi tp alhamdulillah my hubby suker.

gambar2 menu yg kita org hidang x ada tp aku masak udang tu resepi aku amik dari internet. Udang Bumbu Tepung. resepi memang simple giler tp makan panas2 memang sedap. fauzan asyik minta tambah jer udang.

gambar ni aku amik kat internet tp mcm nilah rupenyer. memang best mkn panas2.

to all my frinds, kalau dtg johor sms atau calling2lah. blh dtg umah. kalau nak rasa makanan yg berat2 skit callinglah dulu, kalau dtg konon2 nak buat surprise, pun boleh. tp menu biskut atau kek jelah. he... he....

2.8.07

nak pasang langsir

yahoo...ari jumaat nak balik umah cat. insya allah kalau x ada aral ari sabtu ni roller blind bilik abg fauzan & adik fayyad, bilik kecil ngan dapur akan dipasang. semuanya pakai roller blind sbb kalau nak pki curtain biasa nanti nak kena jahit or tempah. nak jahit memang x reti sbb tu senang pki roller blind jer. x yah nak tukar2 langsir. basuh pun senang kata org kedai tu. oklah. utk abg fauzan mula2 pilih gambar org2 tp x ada stock, amiklah yg design bola2. utk dapur kita org pilih design shells dan utk bilik yg kecik tu tema retro. oklah kot agaknya. hopefully.

semalam tgk lagi cite transformer. besttttttttttttt... aku admire tul dgr suara optimus prime. robot macho gitu.



semalam gak aku dpt edible image yg aku order dari loveliana23@yahoo.com.my. kalau sesape nak order bolehlah e-mail dia. aku minta gambar yg kecik2 sbb nanti nak buat cup cakes. tapi abg mcm x minat sbb nanti mkn gambar sendiri kata abg. tadi aku minta lagi utk gambar cody ngan transformer. sajer jer nak cuba buat kek utk hero2 ku. insya allah.


SaiFuL's family