29.8.08

Birthday Fayyad 2 thn

Alhamdulillah Muhammad Fayyad Amiruddin Bin Saiful hari ni genap 2 thn. walaupun usianya bru 2 thn tp adik fayyad pakai baju bdk umur 4 thn :). x pelah dik yg penting anak ibu sihat.
oleh kerana ari ni mami, ayah n angah dari sbh sampai jadi ibu ngan abah nak buatlah sikit jamuan. tp ibu x masak ibu tempah jer sbb ibu x kuat lagi nak masak. selepas bincang ngan abah kita org decide temoah nasi beriani dari mak long. order pun x banyak utk 25 org jer sbb ajak famili jer. jiran sebelah pun aku x ajak. almaklumlah umah blm complete jadi pggn mangkuk x banyak lagi. he... ntah ekkk tp aku x suka pki pggn kertas. nak mkn pun x selesa. baru nak makan ayam cucuk ngan sudu garfu dan patah, pinggan pula koyak. He... itu pengalamn sendiri sebenarnya. tu yg aku x berapa selesa pki pggn kertas. yelah masing2 punyer cara. setengah org suka pggn kertas. pakai buang. pun jimat juga jimat masa nak basuh dan kemas.


kek ibu tempah kat season. amik gambar mickey mouse rm55. tp x banyak pilihan. nak amik yg lagi sedap x ada design kartun jadi nak tak nak amik jelah gambar mickey. kek dia pun kek coklat biasa je. mknn utama ialah nasi beriani maklong. ibu amik utk 25 org ngan lauk ayam dan sedikit daging sbb pujan n ayah suka mkn daging. tu yg tempah daging skit. sampingannya pula ibu roti sardine, goreng nugget ayam, potong buah tembikai dan bancuh air sanquick. atuk pula buat lengkong aiskrim ngan sandwich telur.

walaupun menunyer x seberapa tapi alhamdulillah nampaknya tetamu semua kekenyangan. siap tapaukan beberapa tetamu lagi sbb nasi yang aku tempah utk 25 org tu mcm utk 40 org mkn. biasalh biler order ngan mak sedara sure dpt lebih. jadi alhamdulillah semuanya mendapat 'berkat' masa balik. yg penting walaupun bekas tapau tu x mahal tp jgn lah buat harta sendiri ye. he...he....

dan yg best mlm tu selain abag ngan adik dapt hadiah dinosour dari abah rupanya ibu pun dpt hadiah gak. patutlah 27.08 ari tu abah blk lmbt rupanya pegi cari hadia utk org2 tersayang. emmm.. sib baik x melenting kalau x kesian hubby dah lah penat survey hadiah balik umah tgk bini muncung jer.siannnnn hubyy.
ini hadiah yg abah belikan tp masa ni hadiah bdk2 x bukak lagi. nanti amik gambar dino ok...

abg ngan adik dpt dinosour fisher price. ibu pula dpt Handphone. sukeeerrrrnyerrr. sian abah abis duit abah tp x pelah sbb hp ibu pun dah 4 thn. jadi rasanya wajib tukar he...he.... sukenyer sbb abah belikan hp yg ada camera. dah lama ibu idamkan. TQ sayang.... abah belikan hand phone Sony ericson warna hitam gold. 2 gb. besttnyerrr.... hp yg abah belikan lbh kpd walkman tp x kisah sbb brand sony walaupun lbh kpd walkman tp kualiti gambar dia memang ok. aku tau sbb aku pki digital camera brand sony. ga,bar memang jelas.

Apa2 pun TQ sayang belikan ibu ngan bdk2 hadiah mahal. abg ngan adik pun suka sgt masa dpt hadiah tu.

kat bwh ni gambar masa birthday fayyad n antara tetamu yg dtg. enjoy

usu n angah yg dah besar pnjg. warga info96 terutama yg pompuan sure terperanjat tgk. p-nut itulah usu yg engkau bawa dulu. kahhh22 dah besar panjang oooo

mak, ayah n angah dari keningau dtg

bila famili sbh dpt tau akan keadaan aku they all ver risau. sian mak ayah aku. they all nak dtg tp aku x kasi sbb dah nak puasa tp they all nak juga. siannya tket sure mahal sbb last minute. sbnrnya aku excited they all dtg cuma kalau blh x nak menyusahkan. dan akhirnya pada 29/8/08 flight they all landing dari kk pkl 11.30 pagi. memanndangkan hubby kerja x leh cuti maka aku gi amik famili sbh gan pujan n payad. ingatkan nak tgglkan payad sbb dia tkt org sikit tp dia nak ikut gak aku pun bawa jerlah. sekali masa nak bawa kereta nak blk umah payad melalak2 x mau duduk sdr nak aku riba. dah pujuk n marah pun dia x nak. last2 angah kena bawa kereta aku tjk arah jer. sib baik angah jenis terror bawa krt ngan x tkt. lagipu dah sll bawa kereta kalau dtg jhr. oleh krn dah tghri aku pun bawalah famili pegi mkn. mak mente nak ajak mkn kat umah tp aku kata x yah sbb san kat mak mente nnt lepak. lagipun mlm ni nak buat jamuan skit utk payad sbb 2 thn. jadi mak nak buat lengkong ngan sandwich lagi. kita org pun mkn kay kedai izat.

lps mkn tghr kita org sempat sggh ioi. knn nak amik kek adik kat season sekali angah sempat beli handphone lagi. sopingggggg. dari ioi baru kita org blk umah cat lpk2 n rahat. tp aku x adalah rehatt sgt sbb nak kemas2 skit pastu nak keluarkan pggn n gelas utk mlm. petang tu angah pegi amik usu kat utm. mulanya usu nak blk saing hubby tp sbb akak ipar aku pun nak saing hubby blk umah mak jadi usu kena angah amik. aku siap pesan angah singgah umah mak long amk nasi beriani. he....

27.8.08

Birthday ibu

Alhamdulillah hari ni genaplah usia ku 32 thn. org pertama yg wishkan aku ialah hubby tercinta. siap dpt kisss lagi. he....he.... hubby suruh beli kek tp aku x nak bknnya bdk kecik lagi. x pe kata hubby tempah kek fayyad letaklah nama ibu sekali. mulanya aku x nak tp hubby paksa gak. nak tak nak kena lah buat. aku mc ari ni tp hubby kerja, siap out station lagi. hubby kena gi segamat deal mengenai bangunan lib kat sana.

ari ni hubby balik lmbt. kul 11 mlm baru sampai umah. aku musykil gak sbb x pernah hubby buat mcm tu. tapi bila aku call rupanya dia tgh lepak ngan bdk pejabat. oklah. sekali sekala x pe. yg penting mu hubby selamat. bila aku sms dia reply. mak mente pun siap tanya knp hubby blk lmbt, aku bgtau lah dia keluar ngan bdk pejabat. mak mcm x puas hati jer.. kahh.. kahhh sbb hubby kalau sorang2 jrg blk lmbt.

26.8.08

mc 2 minggu

17/8 - 31/8/2008 ari tu aku telah mendapat mc (medical certificate) dari hospital Seri maharaja Temenggong Tun Ibrahim Kulaijaya. sbnrnya rezeki utk aku mendapat baby pada mac 2009 dah x ada sbb ari tu aku dah tumpah darah dan baby pun dah x ada. aku pun x sure apa sbbnya tp yg pst sbb x ada rezeki. xpelah Allah lbh tahu atas setiap kejadian yg berlaku. Aku redha walaupun terasa sayu sgt di hati. terutama bila melihat janin tu dah keluar. masa tu air mata aku terkeluar juga.

16/8/08 - aku ada bleeding tp sikit sgt dlm 2/3 titik jer. bila ckp kat hubby dia risau dan suruh check kat klinik swasta. mulanya aku mls sbb skt sgt tp bimbang something happen lps isyak kita org pegi check. bila dr scan dia kata dia x nmpk baby aku dan mcm x ngandung. musykl gak aku sbb masa aku buat UPT(urine pregnancy test) +'ve. aku x puas hati minta dr tu repeat UPT dan memang btl positive. kata dr. kalau dah 11 weeks spttnya kalau scan dah nampak dan silap2 heart beat pun blh nmpk tp ini x nmpk. dr. tu cdgkan aku buat check up kat spital gomen sbb peralatan mereka lbh canggih. oklah aku cdg nak check ari isnin sbb spital gomen buka isnin.

17/8- pkl 5 ptg aku rasa mcm ada benda nak keluar aku berebut ke bilik air sekali sampai kat bilik air aku terus tumpah darah. terperanjat tul aku. darah memang bnyk. berketul2 dan aku pgl hubby suruh tgk. terperanjat my hubby. kita org pun siap2 nak gi kecemasan spital kulai. lps antar usu n bdk2 blk umah mak hubby terus bawa gi spital. sampai spital pkl 6 letak ic utk pendaftaran tp sampai ke 6.30 msh x pggl utk daftar. aku ingat nak gi tanya sbb nak suruh abg tanya abg dah temper sbb services lembab gler. baru aku nak gerak sekali darah keluar ngan banyak dah tumpah kat lantai. abg pun pegi bgtau staffnurse dgn selamba dia jwb 'knp x ckp?' aku pun di arahkan masuk. setelah masuk baring dlm kul 7.45 baru dr. dtg check akudan scan. dr. kata janin msh ada kat dlm tp heart beat dah x ada mean baby memang dah x ada. akuu kena admit kat wad dan dr bg tmph sampai esok kalau janin x kuar sendiri aku akan diantar ke jb utk cuci, jecut oerut aku dgr abb org kata skt kalau cuci. lps dr check hubby urus pula proses nak masuk wad. yg kelakarnya pkl 9 lbh mlm baru dpt msk wad. mak aiiii lamabatnya. nak kata org ramai kat wad masa aku masuk tu kosong.dlm ruang katil aku cuma berdua jer dari 6 katil yg ada. aku duduk kelas 3 tp memang selesa siap blh pilih katil mana lagi. Spital kulai hanya menerima kes yg kecik2 jer jadi wad nyer x sesak. kalau kes besar sikit pun semua they all antar HQ. 1st class memang ada tp aku x nak. dlm bilik sorang2. 3rd klass kulai is better than 1st class HSA masa aku bersalin fauzan dulu.eee... serik bila ingat wad 1st class dulu. tp skrg bgnn baru dah selesa, masa aku bersalin fayyad dah rasa. dan nmpknya mlm tu aku akan tidur di katil spital.sian hubby penat dah lah baru balik out station dari segamat kena urus aku pula. pukul 10 mlm baru dpt blk umah nak amik kan baju aku, nak mandi, sembahyang asar, maghrib n isyak dan nak makan. kemudian kena balik spital semula antar brg2 aku. lps tu kena blk umah cat pula kemas umah. nasib baik ada usu yg tgh cuti semester UTM 1 minggu. blhlah tlg2 tgkkan bdk2 ngan tlg kemas2 umah.

17/08 - semasa aku berbual ngan patient lain sementara nak tggu hubby n bdk2 dtg melawat tengahari aku terasa mcm nak kencing. sekali masa buang air tu janin pun terkeluar. terkeluar air mata aku masa tgk sbb bentuk seakan2 baby yg bongkok tu dah ada. aku rasa bersalah sgt sbb x jaga 'dia' elok2. tp aku byk2 berselawat. mgkn nanti Allah SWT akan gantikan yg lbh baik. aku pasrah. bila mak mente aku dtg aku bgtau mak. mak pun x dpt thn lalu nangis. xpelah tok ku ckp x ada rezeki. pujan tanya aku x sihat? sbb tu duduk hospital. aku kata aahhh. pujan tanya aku keluar darah? sbb masa aku tumpah darah memang pujan nampak. aku pun kata iya. bila aku bgtu baby dah x ada pun pujan kata sbb aku keluar darah. pandai anak ibu. pujan siap pujuk aku lagi. 'x pe bu, nanti kita suruh abah masukkan lagi adik dlm perut ibu.' kahhh..ka... kelakarlah pujan. sbnrnya pujan excited nak dpt baby. payad x tau lagi sbb msh kecik. sian pujan.

ptg tu bila dr. scan nampaknya dah clear dan x ada darah yg tertinggal. jadi aku x yah pegi jb untuk dicuci. Alhamdulillah. so petang tu aku dah blh blk umah. Yahooo!!!alhamdulillah.

walaupun aku hanya keguguran tp penjagaan nya lbh kurang org ngandung. cuma x selama org mengandung. dpt dlm 2 minggu pun ok kata mak bidan. aku siap urut 3 hari ngan mak bidan. makan pun sama mcm masa aku lps bersalin. pakai stokin mkn gamat utk dlman. aku x mkn jamu sbb pernah cuba masa bersalin fauzan dan fayaad tounsil aku nak keluar. mgkn sbb jamu panas. jadi aku cuma minum air chlorophy n gamat je. nampaknya alhamdulillah.

8.8.08

look alike meter & durian

masa rehat tadi lepas melelapkan mata sekejap aku pun menggodelah internet. gode punyer gode aku terjumpa look alike meter ni dan aku pun cuba. boleh percaya ker sbb setahu aku fauzan lbh mirip ngan aku n fayyad lbh mirip ngan abah yer. tp rasanya ianya bergantung ngan gambar yg kita fowardkan. apa2 pun layanlah keputusan look alike meter kat bawah.

kat jhr sekarang ni durian tengah berlambak. aku sebenarnya malas nak citer pasal durian sbb nanti ada yg tengah baca blog aku ni berliur ingat durian. terutama yg keje CIMB he...he... tp kat sini durian tengah berlambak. ari tu my hubby outstation ke Segamat. on the way balik belikan durian Yong Peng. FUHHHH!!!!!! sedap.... isi warna kuning, manis leting, isi tebal biji nipis jerrr... fuhh tp seperti biasa aku ngan mak mente x mkn banyak. x lbh dari 3 ulas sorang sbb yelah yg sorang darah tinggi yg sorang tgh ngandung gula kene jaga. jadi makanlah 1 hari dlm 2 / 3 ulas. hubby bawa blk dlm 5 biji jadi nak menghabiskannya mengambil masa dlm 4 hari. itupun sib baik hubby mkn sekali. kalau x memang masuk bekas simpan dlm peti ais lerr... jwbnyer. sbb takut rosak. tp kesimpulannya memang sedap.

nak amik gambar x sempat jadi u all bygkan sendiri jelah rupe durian yg aku katakan tu yer. he...he...

oiiii ngah kalau mau durian dtglah sini!!! 10/rm10 saja. murahhhhh....

Saiful Look-alike Meter

MyHeritage: Look-alike Meter - Family pictures - Family tree diagram

saiful famili

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph

7.8.08

penatnyaaaaaaa



Aksi2 Kung Fu Panda dari Pujan

assalammualaikum,


penatnyaaaaa rasa badan. x tau lah sbb pembawaan budak ker, memang badan ku dah berat ker atau pun kerja yg menimbun ker aku x sure. tp minggu ni balik rmh badan memang out. tu sib baik blk umah x yah masak. ari tu hubby beli Mc D balik keja. semalam makan yg simple jer. panaskan lauk yg ada dlm peti ais jer. hubby pula x makan mlm. so relax lah i.


sepatutnya bila mlm x yah masak biasanya lepas isyak aku lipat kain atau iron baju sambil melayan bdk2 tp ini lepas isyak jer aku dah terbaring penat. sian pujan n payyad. sibuk ajak aku main dgn anak kejut aku x kasi aku tdr. tp mataku dah x larat nak buka. akhirnya dia main dgn adik jer. semalam adik tdr awal pula. 11 mlm dah tidur, sbb biasanya kul 12.30 ke atas baru adik tdr. jadi abg x ada kwn paksa juga aku bangun. dpt lah melayan abg skjp.

pregnant kali ni seperti biasa alhamdulillah x ada mabuk atau mengidam nak mkn benda2. cuma seperti biasa asyik nak makannnnn jer.... tu yg boring. baju dah jadi ketat. cuma 1 yg aku x tahan ialah tgn kanan yg kebas dan sakit bila genggam atau pegang benda. sakitttt sgt sampai kadang aku rasa mcm bengkak pun ada gak tangan aku ni. cincin memang x leh pki sbb x selesa dan sakit. tu kalau menyapu aduhhhh... sakitnyaaa. kalau suap bdk2 mkn pun nanti kalau dahlama sikit mula kebas dan lenguh sampai ke siku. setakat ni aku x refer ngan dr. lagi. tggu baby dah besar skit baru aku refer pada dr. tp rasanya hanya pembawaan budak.


SaiFuL's family