26.8.08

mc 2 minggu

17/8 - 31/8/2008 ari tu aku telah mendapat mc (medical certificate) dari hospital Seri maharaja Temenggong Tun Ibrahim Kulaijaya. sbnrnya rezeki utk aku mendapat baby pada mac 2009 dah x ada sbb ari tu aku dah tumpah darah dan baby pun dah x ada. aku pun x sure apa sbbnya tp yg pst sbb x ada rezeki. xpelah Allah lbh tahu atas setiap kejadian yg berlaku. Aku redha walaupun terasa sayu sgt di hati. terutama bila melihat janin tu dah keluar. masa tu air mata aku terkeluar juga.

16/8/08 - aku ada bleeding tp sikit sgt dlm 2/3 titik jer. bila ckp kat hubby dia risau dan suruh check kat klinik swasta. mulanya aku mls sbb skt sgt tp bimbang something happen lps isyak kita org pegi check. bila dr scan dia kata dia x nmpk baby aku dan mcm x ngandung. musykl gak aku sbb masa aku buat UPT(urine pregnancy test) +'ve. aku x puas hati minta dr tu repeat UPT dan memang btl positive. kata dr. kalau dah 11 weeks spttnya kalau scan dah nampak dan silap2 heart beat pun blh nmpk tp ini x nmpk. dr. tu cdgkan aku buat check up kat spital gomen sbb peralatan mereka lbh canggih. oklah aku cdg nak check ari isnin sbb spital gomen buka isnin.

17/8- pkl 5 ptg aku rasa mcm ada benda nak keluar aku berebut ke bilik air sekali sampai kat bilik air aku terus tumpah darah. terperanjat tul aku. darah memang bnyk. berketul2 dan aku pgl hubby suruh tgk. terperanjat my hubby. kita org pun siap2 nak gi kecemasan spital kulai. lps antar usu n bdk2 blk umah mak hubby terus bawa gi spital. sampai spital pkl 6 letak ic utk pendaftaran tp sampai ke 6.30 msh x pggl utk daftar. aku ingat nak gi tanya sbb nak suruh abg tanya abg dah temper sbb services lembab gler. baru aku nak gerak sekali darah keluar ngan banyak dah tumpah kat lantai. abg pun pegi bgtau staffnurse dgn selamba dia jwb 'knp x ckp?' aku pun di arahkan masuk. setelah masuk baring dlm kul 7.45 baru dr. dtg check akudan scan. dr. kata janin msh ada kat dlm tp heart beat dah x ada mean baby memang dah x ada. akuu kena admit kat wad dan dr bg tmph sampai esok kalau janin x kuar sendiri aku akan diantar ke jb utk cuci, jecut oerut aku dgr abb org kata skt kalau cuci. lps dr check hubby urus pula proses nak masuk wad. yg kelakarnya pkl 9 lbh mlm baru dpt msk wad. mak aiiii lamabatnya. nak kata org ramai kat wad masa aku masuk tu kosong.dlm ruang katil aku cuma berdua jer dari 6 katil yg ada. aku duduk kelas 3 tp memang selesa siap blh pilih katil mana lagi. Spital kulai hanya menerima kes yg kecik2 jer jadi wad nyer x sesak. kalau kes besar sikit pun semua they all antar HQ. 1st class memang ada tp aku x nak. dlm bilik sorang2. 3rd klass kulai is better than 1st class HSA masa aku bersalin fauzan dulu.eee... serik bila ingat wad 1st class dulu. tp skrg bgnn baru dah selesa, masa aku bersalin fayyad dah rasa. dan nmpknya mlm tu aku akan tidur di katil spital.sian hubby penat dah lah baru balik out station dari segamat kena urus aku pula. pukul 10 mlm baru dpt blk umah nak amik kan baju aku, nak mandi, sembahyang asar, maghrib n isyak dan nak makan. kemudian kena balik spital semula antar brg2 aku. lps tu kena blk umah cat pula kemas umah. nasib baik ada usu yg tgh cuti semester UTM 1 minggu. blhlah tlg2 tgkkan bdk2 ngan tlg kemas2 umah.

17/08 - semasa aku berbual ngan patient lain sementara nak tggu hubby n bdk2 dtg melawat tengahari aku terasa mcm nak kencing. sekali masa buang air tu janin pun terkeluar. terkeluar air mata aku masa tgk sbb bentuk seakan2 baby yg bongkok tu dah ada. aku rasa bersalah sgt sbb x jaga 'dia' elok2. tp aku byk2 berselawat. mgkn nanti Allah SWT akan gantikan yg lbh baik. aku pasrah. bila mak mente aku dtg aku bgtau mak. mak pun x dpt thn lalu nangis. xpelah tok ku ckp x ada rezeki. pujan tanya aku x sihat? sbb tu duduk hospital. aku kata aahhh. pujan tanya aku keluar darah? sbb masa aku tumpah darah memang pujan nampak. aku pun kata iya. bila aku bgtu baby dah x ada pun pujan kata sbb aku keluar darah. pandai anak ibu. pujan siap pujuk aku lagi. 'x pe bu, nanti kita suruh abah masukkan lagi adik dlm perut ibu.' kahhh..ka... kelakarlah pujan. sbnrnya pujan excited nak dpt baby. payad x tau lagi sbb msh kecik. sian pujan.

ptg tu bila dr. scan nampaknya dah clear dan x ada darah yg tertinggal. jadi aku x yah pegi jb untuk dicuci. Alhamdulillah. so petang tu aku dah blh blk umah. Yahooo!!!alhamdulillah.

walaupun aku hanya keguguran tp penjagaan nya lbh kurang org ngandung. cuma x selama org mengandung. dpt dlm 2 minggu pun ok kata mak bidan. aku siap urut 3 hari ngan mak bidan. makan pun sama mcm masa aku lps bersalin. pakai stokin mkn gamat utk dlman. aku x mkn jamu sbb pernah cuba masa bersalin fauzan dan fayaad tounsil aku nak keluar. mgkn sbb jamu panas. jadi aku cuma minum air chlorophy n gamat je. nampaknya alhamdulillah.

No comments:

SaiFuL's family