18.6.11

HAppy Father's Day & KL Gangster

HAppy Father's day utk Suami yg Tercinta, Ayahanda tersayang dan abangku yg macho. Semoga menjadi abah/ayah/bapa yg hebat, outstanding dan carring kpd keluarga selama-lamanya. LUV U ALL.

sepatutnya father's day di sambut esok tapi hubby ajak kita org ronda2 ari ni sbb esok ahad, isnin nak keje + sekolah, nanti penatlah pulak, jadi ari ni operasi jalan2 makan angin. he.... biler tanya abg2 seperi biasa sure nak gi Jusco. so bergeraklah kita org di waktu pagi, tapi x adalah pagi sangat. kang kena tolong bukak pintu juscolah pulak.

sampai kat jusco kita org singgah kat HArris dulu sbb nak beli buku warna utk abg2. yg ada kat umah dah abis di color. belek punyer belek masing 2 dah amik yg berkenan, biasalah abg2 amik buku ben10, ibu buku pooh. he..he...dah tu cari puzzle pulak. sbb puzzle tom & jerry ari tu abang2 dah terror buat. jadi nak yg lain pulak. kali ni amik puzzle dinosour yg susah sikit. sajer jer nak mencabar minda abang2.
dah siap pilih, jom bayar. oleh kerana ari ni sabtu, lupa tul nak bawa beg. ari nikan 'no plastic bag'. sudahnyer belilah beg pop urban satu. kalau x mcm mana nak bawa buku.

dah beli kat harris, hubby tanya nak pegi mana pulak. nak ajak bdk2 main game sure ramai org, jadi kita org layan filem jelah lagi. he.... kali ni tgk KL Gangster. mula2 fayyad x nak sbb dia ingat citer hantu tapi bila tjk poster baru dia nak. "oooooo zack ngan abg nora elena... (aaron azizlah tu).


kalau tanya aku citer dia ok, setakat ni citer2 shamsul yusop pada aku ok. dari bohsia, kl drift dan kl gangster ni semuanya boleh layan. cuma aku penat biler gangster2 ni berbual ckp pelat cina. adoii... melayu ngan melayu pun ckp cina ker? adoiii..aii.. ehh mcm acailah pulak. rindu maharaja lawaklahh....

yg aku kelakar biler tgh tgk wayang.....
fayyad : "knp zack jahat bu? kan dia baik."
ibu : "itu citer lain sayang. itu citer kereta laju, yg ni citer lawan2. kat sini zack jadi shark. dia jahat."
fayyad : "abg nora elena jahat ker?"
ibu : "xlah, abg nora elena dlm ni nama dia malik. dulu dia jahat tp skrg dia dah baik lepas polis tangkap. SHhh..... dlm wayang x leh berbual, nanti org marah"
fayyad : "knp org marah bu?"
ibu : "shhhh...x blhlah. org nak tgk wayang"

itulah gelagat hero pertengahan ku biler masuk wayang. sentiasa ingin bertanya. tapi sib baik x ada org kat depan. he..he... risau gak kena sound.

tapi aku tabik pada aaron aziz sbb masa aku layan nora elena, lomantik dan nampak lembuttt jerrrr seth masa tu, TAPI... biler aku layan KL gangstar makkk aiiii ganasnya malikkkk. x ada sikit pun watak seth tan yg tertinggal. bagus2...bagusss pelakon yg bagussss.



tapi seperti biasa biler bab sedih anak2 aku sure sedih terutama fauzan. masa malik baru lepas kuar penjara dan tgk mak dia berniaga muruku tepi jln x diendah oleh org, fauzan dah nangis. aku pun nangis juga sbb dgn lagu dia, dgn muka malik... sinnnnn sgt. sedihhh gitu. tapi fauzan sedih x ada suara hanya air mata. masa ni fayyad relax jer.

cuma masa shark dtg umah malik dan tolak mak dia keluar dari rumah n acu pedang,hah.. masani pun sedih. aku ngan fauzan pun sedih cuma yg aku x thn biler fayad sedih. siap melalak-lalak kesian kat ibu dia. nasib baik masa tu lagu tgh kuat jadi rasanya org x perasan fayyad nangis. aku siap tutupkan mulut fayyad sbb dia nangis kuat sangat. "hu..hu... fayyad x nak ibu macam ni kalau dah tua...uwaa...wa..." nak ketawa pun ada tapi tkt makin kuat pula fayyad nangis. aku pun pujuk. "taklah.. ini citer jer, lagipun anak ibu baik. anak ibu x buat macam nikan? sayang ibu tak?" " uwaaa... sayanggggg..." " kalau sayang x mau nangis, "itu citer jerlah.. anak ibu baik. nanti fayyad dah besar fayyad jaga ibu n abah kalau dah tua ok?" "emm...." sambil menganguk2 n menahan sedih. baiknyer anak ibu n abah. AMINNNN....

inilah scene shark tolak mak malek n fayayd dan fauzan sedih sangat

yg hubby pula aku tgk tgh gosok2 n pujuk fauzan, sbb fauzan pun sedih. sensitifnyer anak2 ibu. kuar panggung fayyad kata lepas ni x nak tgk wayang lagi sbb x nak tgk citer yg sedih. kah..kah.... kelakar fayyad.

tapi aku suka watak zizan kat sini sbb kelakar dia memang kelakar bukannya kelakar bodoh mcm sesetengah citer yg masukkan babak kelakar tapi yg buat kelakar tu jer ketawa sorang, org lain yg tgk x kelakar pun.

lepas tgk wayang abah belanja mamam kat MFM.
aikkkk.. sepatutnya father's day ibu yg belanja, he... x per sama jer kata hubby. TQ abah belanja mamam. Menu seperti biasa tapi kali ni order terlebih sudah... jadi banyak mamam yg x dapat dihabiskan. sorry rezeki. lepas mamam jalan2 sekejap pastu balik umah..... dalam kete semua tertido setelah kepenatan + kekenyangan = ALHAMDULILLLAHHHH......

P/S : next project - transformer. x sabar nak tgk OP n BB

11.6.11

Fast & Furious 5


pagi tadi hubby ajak kitaorg tgk wayang. oleh sbb ari tu nak tgk F&F 5 x dapat, cuba tgk ari ni pulak, ada ke tak. kali ni layan wayang kat TGV tebrau. oleh kerana ari ni ari sabtu, sure ramai org. jadi lepas sarapan jer dlm kul 10.15 kita org dah gerak gi tebrau. kalau keluar awal awal org x ramai sangat lagi. sampai kat tebrau check waktu tayangan, nampaknya F&F 5 ada, tayangan dalam kul 11.45pagi . cantikkkk!!!

dah beli tiket, beli pop corn dan buang apa yg perlu dibuang he..he...kita org pun layan filem F&F 5. masa masuk panggung org dah x berapa ramai maybe sbb dah hujung2 tayangan. yelah citer ni kalau x silap kuar dah lama dlm bln april/mei gitu. oklah tu sbb kalau org ramai x selesalah pulak. sblm wayang bermula bagi bb susu botol dia. sempat gaklah baby furqan layan F&F 5 10 mnt. lepas tu dia pun terlena.

Aku sukerrr... citer ni. seperti biasa penuh aksi ngan abg2 yg macho n tegap2. dah tu awek pula cun n seksi. aku suker watak dominic n awek polis tu. sesuai gitu. walau pun watak dia couple x ada sgt cuma yg ending jer dia tjk they all couple tapi aku suker. watak brian n mia pun sweeettt. tak tertinggal the rock. cuma pada aku mcm tegap sgt the rock nak bergerak pun mcm susah jer... he..he.... itu pendapat aku, pendapat u all aku x tahu. watak Han pun best. korean yg nmpk hensem + kelakar sbb nak ngorat awek mexico.
tegapnyer the rock. baju kat lengan tu mcm nak koyak jerrrr...

SWeetttnyer couple ni.

abg2 n hubby pun suker citer tu. lagi satu yg aku suker sbb sangkaan aku betul yg peti besi tu sbnrnya kosong, they all dah tukar masa ada lori yg kat bawah jambatan tu lalu. he..he.... terror tak aku?

pelakon2 F&F 5 yg best giler...

x sabar nak tggu DVD Blue Ray keluar, boleh layan kat umah bila2 masa. he...he....

10.6.11

Kungfu Panda2



sabtu lepas bawa bdk2 tgk wayang. ingatkan nak tgk fast furios tapi x adalah pulak. kali ni bawa tgk kat kulai jer sbb kepenatan dari PD masih terasa jadi minggu ni lepak kat kulai jer. oleh kerana fast furious x ada biler tanya abg2 masing nak tgk kungfu panda2. bolehlah kata abah sbb bdk2 nak tgk. dah beli tiket, jgn lupe beli pop corn yer. he...he.... dah beli pop corn, jom kiter layan kungfu panda2.

seperti kungfu panda 1, yg ini pun best. aku suker tgk warna2 dlm citer tu, pergerakan poo yg smooth, jln citer yg best dan yg paling aku suker burung merak tu. nampak lembut dan cantik tapi jahat dan handal berlawan. pada aku burung merak tu nampak mcm elegan n sofisikated gitu. cewaahhh!!! betul ker ayat aku? he..he...



tgklah muker poo yg comel, gebu gitu

tapi yg aku x tahan biler tgh tgk citer ni dlm wayang tiba2 hubby cuit aku tjk fauzan. rupernyer member tu tgh menahan air mata dari mengalir sbb dia sedih tgk poo yg ditinggalkan ibu dier. fauzan sedih sgt. fayyad rilex jerrr sbb antara fauzan n fayyad, fauzan lagi sensitif, amat sensitif kalau tgk citer mcm tu.lagi pun fayyad kecik lagi jadi dia x berapa faham lagi rasanya. kalau tgk iklan yg baby kena buang/dera pun dia nangis.

walaupun fayyad x sesensitif abg bab mcm tu, tapi kalau bab adik beradik fayyad lah yg plg sensitif. kalau tgh jln2 dia x nampak abg atau ibu atau abah atau baby atau x ada salah sorang dari we all, tanpa mencari terlebih dahulu dia dah melalak-lalak panggil. fayyad selalu pastikan yg kami cukup 5 org biler keluar berjalan2. nanti fayyad siap ngan air mata yg mengalir deras mencari. apalah fayyad. kadang2 abg suka menyakat (ibu pun kadang2 ada jugalah), biler tgh jalan tiba2 abang kata abang x nak ikutlah abang nak tggl kat kedai jer dan ibu abah pun jln x tunggu abang. wahhh masa ni fayyad dah menangis dan jadi x tentu arah sama ada nak ikut ibu abah atau nak ikut abang. kesian tgk fayyad kalau kena sakat macam ni.

furqan pulak biasalah, tgk jerlah abg ayyad melalak sbb dia x tau apa. kalau tgk wyg pun best sbb film baru mula 5 minit dia dah tido. abis jer wayang dia pun bangun. pandai anak ibu. he..he...

selepas tgk wayang abah siap pujuk abg bagitau itu citer kartun jer, lagi pun ibu abah dia masih ada cuma dia terpaksa tinggalkan anak dia supaya anak dia selamat. sbb kalau jahat tu jumpa nanti dia bunuh. barulah fauzan lega sikit. sian anak ibu.

ari tu ada beli cd kungfu panda2. dia layan citer tu sorang2 dlm bilik. sekali tgh berbual ngan hubby, fauzan dtg menangis teresak2. ingatkan kenapa, rupanya sedih tgk ibu poo tgglkan poo. alahaiii hero abah ni, manja ibu sensitifnyer. sekarang kalau suruh dia layan cd kungfu panda2 pun dia dah x nak sbb tkt dia sedih lagi kata fauzan. comellah abg ojan ni.

5th day - check out time...

31.05.2011

wahhhh... nampaknya jap lagi dah nak check out. sekejap jer 3H2M. besttt!!!! ari ni pegi b/fast awal sikit sbb nanti sebelum CO nak berendam lagi. he..he.... sarapan masih kat hall tempat yg sama. lepas mamam, ronda2 dan balik bilik. KAbushhhh!!!! tapi ibu n baby mandi jap jer, abah n abang2 jer mandi lama sikit. oleh kerana brg2 dah siap kemas mlm lagi, jadi pagi ni lepas mandi kemas sikit2 jer n lepak sampai kul 12 tghri. tepat kul 12 kita org call buggy n 12.15 buggy sampai, kita org pun check out. seperti CI, CO pun sekejap jer. dah keep brg dlm kete kita org pun gerak balik kulai... windunyerrr umahhhh......

inilah bilik kita org

hero2 ku yg dah ready nak CO

Bye!bye!!!! LIWH. Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi. bye.....

9.6.11

4th day

hari ke-4 kita mulakan dgn bersarapan yer. oleh kerana restoran tu kecik jadi LIWH bukakan hall utk semua guest dia bersarapan sbb biasalah amik bilik akan dpt b/fast percuma. jadimemenag ramai. sambil bersarapan dia pasangkan citer dr. Horton. suker abg2. sambil makan layan citer. dah abis mamam seperti biasa posing time. he... he...

kali ni posing kat tangga nak turun sbb tangga dia lawa jadi layan posing kat tangga jerlah.

lepas posing surver game room dia lak kat level 2. adalah game sikit tp masih kosong. rasanya dia baru nak buat kot. ingat nak layan WiGame tapi dah ditempah org pulak. kena tggu lagi 1/2 jam. jadi main apa yg ada jelah. nak karaoke pun ber-4 jer. x perlah lain kali jer. he...he....
abg2 yg beriya main game

ini pemandangan dari game room level 2

lepas survey game room, balik bilik nnnnn... kabushhhhh!!!apalagi mandilah.... yeeehaaa!!!!

lepas zohor barulah kita org gerak pegi lunch. pusing punyer pusing dgn keadaan cuaca yg amat terik, kita org singgah kat KFC PD jer. makan kfc, sejuk sikit. lepas makan ronda2 kat mall dia. x ingatlah apa nama mall tu. nak kata ronda pun x juga cuma beli stok jajan yg dah abis n beli water gun abg pojan yg telah dia patahkan tadi masa main. abg ayyad nyer masih ok lagi. tapi beli mainan lain pulak. yg si kecik lak x lain x bukan beli bola. asyik bolaaa... jer... emmmm baby boy katakan.

balik dari lunch my SIL call nak dtg. wahhh sukerlah anak2. sementara nak tunggu Long n the gang dtg hero2 aku dah siap2 mandi kolam. masa long dtg, apa lagi long n anak2 pun joint sekali. tapi fayyad mandi x lama. x tau knp, mandi sekejap jer lepas tu dia kata dah siap n sibuk dari bilik jer lepas tu.

long lepak sampai insyak n lepas isyak we all kuar gi dinner. dinner kita org cuber kat medan ikan bakar Pd. mulanya nak makan kat gerai yg depan jer tp sbb penuh kita gerak ke belakang ke kedai Mjlis Perbandaran PD punyer. MAK AIIII... servis biasa jer, makanan lmbt wlaupun org x ramai, rasa biasa jer tapi harga... fuyoooooo amat2 x berbaloi. makan 2 family RM 200 lbh. sian Long yg belanja. apa pun rasanya seriklah aku mkn kat sini. sorryyy.....
sempat posing kat d'terapung

lepas makan kita org gerak semula ke hotel n long gerak ke seremban2. ingatkan malam nak berendam tapi hero2 ku x tido awal. uwaa....wa... x leh nak berendamlah.

8.6.11

mamam... time....

FUhhhh!!! bestttt... lepas mandi. lepas mandi dan siap2 kita org gerak amik angin kat luar n terus nak amik dinner. makan awal sikit sbb ibu, abah n anak2 sure kelepakan selepas main motor pantai dan berendam kat kolam. kalau keluar lmbt sikit risau bdk2 dah tertido, kang sian anak2 ibu, tido dlm perut kosong.

oleh krn masih awal jadi kita org pun posinglah kat sekitar hotel dulu. pemandangan memang best. kalau nak tgk sunset pun blh, ada disediakan tempat duduk menghadap laut, kalau rajinlah. tapi aku x minat sgt. jadi posing jer lebihhh...


sebelum masuk duyung restoran, abg2 singgah main jap. tapi x lama sbb org makin rmi n baby furqan pun nak joint sama main. aku x bagi bb joint sbb tkt dia panjat2 nanti jatuh. lagipun dia kecik lagi kena tolak ngan budak yg besar sikit dah jatuh. x pelahh, abg2 jer layan.



dah hilang rindu nak main, kita org pun gerak masuk restoran Duyung. tmpt makan x adalah besar sgt. tapi makan memang besttt!!! abg2 siap tambah macaroni cheese. biasalah buffet, jadi layan jelah tekak. ada puyuh goreng, ada pasta, ada salad, ada puding, ada aiskrim, ada sea food dan macam2 lagi. tapi banyak manalah sekali blh makan, itu pun perlahan2 supaya blh rasa semua n amik sikit2. sajer nak rasa. tapi x amik semua pun ... he.... utk makanan aku bagi 9/10. SODAPPPPP + BESTTTT. lagi satu aku suker, x galakkan kita minum air yg manis2. makan macam2 ada tp utk air hanya ada sky juice, tea n coffee. air lain x ada.
ibu melayan abg2 makan sbb qan dah tertido kepenatan.

apa pun layanan staff memang best n friendly. siap offer amikkan gambar kita org, siap amikkan bb Qan pinggan n sudu plastik tanpa di minta.

lepas makan kita org jalan kaki jer balik nilik. nak turunkan nasi kat perut. samapi bilik basuh2 kaki, muka n salin baju tidur, maka beradulah anak ibu2 setelah kepenatan + kekenyangan.

7.6.11

3rd day kat LIWH

okayy..... dah kenyang???? jom C/I. lepas makan kita org pun gerak ke LIWH, rupenyer hotel ni bersebelahan tul ngan Glory beach resort, PD. sebelah glory ialah The legend water challet n legend international water homes terletak sblh LWC. agaknya sbb dia hotel ada bintang jadi proses utk CI amik masa lbh kurang 5 mnt shj dan staff dia juga amat peramah. wahhhh... bagus2 x payah bersesak2 n tggu lama2. lepas CI, kete kena park kat depan sbb nak pegi bilik x leh bawa kete tapi ada disediakan buggy. sukerrr abg2 sbb dpt naik buggy. kalau nak jln blh gak tp sajer jer nak rasa buggy. lbh kurang 5 mnt naik buggy kita org pun smpi dpn bilik 2015.

masuk jer blik tu, bestnyerrrr.... dah lah lawa, selesa jer nampak dan memang bestlah. aku suker design bilik dia. bathroom ngan toilet pun best, ianya x besar tp x kongsi ruang kiranya toilet lain bilik mandi lain tapi....ntahlah, aku x retilah nak citer, apa kata u all kumpul duit n pegi sendiri tgk .. he..he...

inilah bilik dier...

lepas posing2 n amik gambar bilik, apalagi kita org pun berendamlah kat pool. besttt!!!! x saper kacau.
baby furqan pun okayyy jer. mula2 risau gak dia x nak tunggang giraffe tu sbb 1st time, tapi alhamdulillahhhh relaxxx jer member... baby relaxxx yerrr... ibu nak menyelam jap. :D

tgh kita org berendam n abah amik gambar, tertiber dgr bunyi loceng mcm org jual aiskrim... kahh...kah... saperlah tu bawa loceng. xkanlah ada org jual aiskrim. tapi lama gak loceng tu bunyi. sekali hubby jengah rupenyer betullah memang hotel ada jual ais krim... mmmmm apalagi makan aiskrim sambil berenanglah jawabnya.
abg2 yg tgh relax + enjoy mkn airkrim.
bb Qan pun mam ekim... nyummm...

aku suker pintu/tingkap ni. besttt nampak. hubbyy.. nak satu letak kat umah...he...

6.6.11

3rd day pulak - part 1

morning!!!! wahhhh setelah keknyangan dan puas berehat speaking gituuu... he.... hari ke-3 selepas b/fast kat cafe, kita org pun gerak gi jalan2 tepi pantai. nampaknya org x ramai blhlah sambung niat nak menyewa motor tu. lepas aku interview harga dan bagai kat adik casher tu dtg 1 family nak sewa gak. tapi sib baik kita org awal 8 mnt jadi kita orglah dpt dulu.. he.... sewa motor rm55 utk 1/2 hour. nak 15 mnt pun blh tapi kadarnyer aku x ingat. sorrylah makcik ni pelupa. :D. semalam ptg motor tu ada 2 tp aku rasa dek krn abg yg sewa lama sgt tu n bawa mcm org x brp ..... (smbg sendiri... aku x tulis) motor tu dah rosak. jadi tinggallah 1.



Best!!! abg2 suker sbb abah bawa ronda gilir2. aku pun x lepaskan peluang mencuba. besttt!!! baby furqan x blh sbb kecik lagi wlapun jari asyik tunding ke motor n mulut riuh membebel tapi ibu abah ttp x bawa sbb baby kecik lagi. insya allah dah besar sikit baru blh naik. akhirnya habis masa sewa baby hanya posingkan jer kat atas motor. he....

lain kali kalau dtg nak cuber banana boatlah... ada berani ker? he..he.... kita merancang jerr.... x per. lepas sewa motor matahari pun dah terik kita org naik bilik utj rehat. tapi sbelum tu singgah mini mart beli aiskrim dulu. he..he... nyum2. kalau dikutkan check out dlm kul 12 tghri tapi sbb destinasi seterusnya dekat sgt 15 mnt jer jadi kita org minta tangguh lepas zohor n rasanya org dah x seramai hujung minggu they all pun bagi.... lepas zohor kita org pun c/o n gerak menuju ke LIWH.

oleh kerana kat sana C/I 3ptg jadi kita org singgah lunch dulu. tgk punyer tgk kita org singgah kat Bangi Kopitiam. ingatkan nak cari Kopi Tenom yg best tapi x der rupernyer. tapi x kisahlah blh rasa yg lain. kita org order 2 jenis rot bakar, telur mentah masak, air + chicken chop. dan kat situ gak ada gerai sate kajang hj sauri jadi... utk lunch jom mkn sate... dgr2 bangi kopitiam ni kid search punyer aku x sure betul ker tak. tapi roti bakar n chicken chop dia sedap. aku suker roti bakar. tapi yg mana satu aku x tau sbb aku pilih ikut tunjuk gambar, x baca sangat nama roti dia. he.....



dah kenyang baru kita pegi C/I yer.....

Bersambung....

5.6.11

2nd day - part 2

lepas isyak kita org pun geraklah pegi dinner. ada satu kedai ni memang sedap dan murah sgt. nama kedai tu Nasreen Songkla seafood kat Teluk Kemang. terletak betul2 tepi jalan. 2 thn lepas masa kita org gi TBR ngan family sabah pun dah pernah mkn kat sini. harga memang murah + mkn blh thn. cuma tips nyer - jgn pegi dlm kul 8-9 mlm kerana full house n kena beratur nak seat n makanan pun dpt lmbt. 9.30 masa yg elok, sbb kita org smpi dlm kul 8.50 tu kena beratur nak duduk, dah dapat seat duduk n order, nak dpt order tu lambatnyerrr..... furqan n fayyad dah tertidur tunggukan order smpi. fauzan pun dah ngantuk siap menguap2. last2 hubby ckp kat fauzan kalau kalau abang sangap (menguap) dah 10 x mamam x smpi kita balik jelah. fauzan pun kira dan nasib baik selepas sangap yg ke-7 orser pun sampai... fuhhh.... order mcm2 seafood akhirnya bayar RM70 jer. besttttt!!! murah + sedap = puas hati, cuma lamabt sangat sbb kita org dtg masa kemuncak. he...he..


gambar ni aku cilok kat google. he..he...

lepas dinner kita org lepak kat Teluk Kemang pulak, nmpk mcm happening jer sbb rmi org + motor. rupanya dia buat majlis mengenai motor2 giturlah. aku pun x sure sgt. tapi x ada apa pun sgt. ada lah gerai kecik dan setelah tgk gelagat org n beli mainan utk hero2, kita org pun gerak balik hotel.

inilah keadaan kat Teluk kemang mlm tu. sajer jer bawa bdk2 ronda.

balik hotel sbln naik posing dulu kat lobi hotel. sajer jer buat kenangan. gambar x yah letaklah. posing biasa jer. x ada pun yg ala2 amber chia. kah..kah...

citer esk kiter sambung entri yg lain pulak yer..... sweet dream.... God nite....

4.6.11

1 & 2nd day -part 1

sedang aku menghitung hari nak ker PD, tupp..tuppp aku dpt surat panggil mesyuarat pada 27-28/5 punnnn kat PD. sedangkan aku dah tempat LIWH tu pada 29-31/5. maka dengan ini kita org akan berada di PD selama 5H4Mlah jawabnya. ini baru betul2 cuti. bessss bro... ini memang bessss bro..... tapi... hahh.... ada tapi nya sbb srt tu dtg 1 minggu sblm meeting n aku bawa family jadi kena tempah bilik sendiri, x per masih ok lagi. yg x oknya 27 shj ada kekosongan. 28hb x ada bilik. calll hotel sebelah menyebelah yg berhampiran semua pun dah full. ayooooo mcm mana. x kan aku kena blk JB pada sabtu n ahad dtg semula ke PD. hahhhh yg ini x best brooooo.... aku dah feninnn..



tapi alhamdulillah sib baik member aku yg sama2 nak meeting kat PD n bawa family ada berhubung dgn staff yg deal ngan staff gov memberi bantuan. sbb masa dia call staf incharge x ada masalah. aku pun call n terangkan itu ini dia pun bagilah aku 3H2M. Yahoo....!!! Tq mekna atas bantuan. he.... cuma apa yg x best sikit masa nak check in dia upgradekan aku ke hotel 2 bilik tp malangnya blk tersebut amat jauh dari main building. mcm mana hubby nak bawa anak2 b/fast sbb aku meeting. nak pegi b/fast kena bawa kete sbb jauh. aku call blk minta semula blk lama. lagi pun yg 2 bilik ni dah lama, x bessss brooo.... x bessss. dah uzurrrr.... perabotnya.



sementara dia carikan bilik lain, kita org masuklah gak bilik yg dia bagi sbb dah penat lagipun, kemungkinan nak dpt bilik di main building pd 28hb tu amat nipis katanya. tunggu punyer tunggu punya tunggu, akhir 7.30 mlm baru dia bgtau ada bilik tapi hanya utk 1 mlm. aku kata blhlah 1 pun 1lah nak buat mcm mana tp dlm hati dah ada percikan bunga api. sekali 5 mnt lepas tu dia kata ada bilik utk 28hb.... tapi..... tapi???? kena tmbh sikit duit. aduhhhh..... tambah pun tambahlah kata aku dari kena cari tempat lain. akhirnya menginaplah we all kat Permaisuri Resort hotel, PD Ataupun RPP, PD.

yang ini baru best bro... yg kat main building ni yg best. tgklah perabot baru n bilik & ruang tamu pun besar.... selesa. apapun utk hotel ni blhlah. penginapan okay... besttt tp mkn hancur.... terutama b/fast. ayooooo ........x ada pilihan TAPI>>BOLEHHHLAHHHH - tips dari aku kalau nak booking hotel ni masa booking ckp siap2 kata nak kat main building, kot2 dia hantar kat old building.

selepas mesyuarat, petang sabtu baru abah bawa bdk2 mandi kolam sbb ibu dah abis kerja. sukernyer hero2 ibu n abah dapat berendam sbb dari semalam they all nak mandi pool tp sbb ibu kerja kena tangguh dulu. lepas mandi we all jln2 kat pantai. ingatkan nak sewa motor pantai tu tapi nunggu kan abg tu lama sgt. akhirnya cancell niat nak sewa motor sbb bdk2 pun dah penat.

hero2 yg seronok sgt dapat berendam dlm pool.

hero2 yg kepenantan selepas berendam di kolam.

selepas penat berendam & jalan2 tadi, we all pun balik bilik berehat. lepas isyak kita org pun keluar makan kat Teluk Kemang.

3.6.11

29-31 05 2011

Sempena cuti sekolah ari tu, kita org bawa bdk2 pergi bercuti. cuti dekat2 jer kata hubby sbb kalau jauh abis masa utk travel + penat jer.... cari punyer cari, hubby suggest aku buka web site LIWH. Fuyoooooo!!! aku telah jatuh cinta utk kali ke-2. cantikkknyerr.... bestnyerrr........ TAPI ... MAHALLLLLLLLLLLLNYERRRRRRRRRRRR...... hubby pun kata mahal sangat tapi oleh kerana aku dah jatuh hati n tangkap leleh ngan hotel ni, ku pujuk gak hubby dannn. jengg..jengggg.. hubby pun kata okay.... YAHOOO!!!! aku pun memulakan misi utk menenpah. tapi makkkkk aiiiiii........ cuti sekolah katakan. hotelnya mahal..mahallll gi...(sambung sdr) tapi oleh krn aku dah jatuh cintaaaa ngan hotel ini n hubby pun dah kata ok akan ku usahakan juga sampai dapat :D.



akhirnya..... setelah mencuba beberapa kaedah, aku dapat juga membuat tempahan pakej yh paling memurah berbanding kaedah2 lain yg aku cuba. akhirnya dpt pakej 3H2M - deluxe room + b/fast x 2 H + Dinner x 1 M utk 2 pax. walaupun harganya boleh tahan tapi kira masih berbaloi sbb include dinner because utk 1 pax dinner ialah RM68 tp ni aku dpt 2 pax free. masa aku call hotel tu tanya memang dia hanya bagi b/fast sahaja x ada dinner n harga yg ditawarkan pun jauh lebih mhl rm200 semalam dari harga yg aku dpt ni. kira pakej yg aku dpt ni memang berbaloi-baloi.

setelah dpt no. confirmation semua, aku dah x sabar nak pergi bercuti. mood kerja sdh hilang ntah ke mana? malaslah pula nak cari mood kerja tu biarlah dia pegi jln2, x perlah nanti lepas cuti sure dia blk semula. he..he....


cantik tak? cantikkan..... gambar ni aku amik dari web Lagend Inter. Water Homes.


aku excited sgt sbb dah lama teringin duduk kat hotel atas laut ni. apa yg best pun aku x sure tp hati memang teringinlah. dulu aku pernah ushar damai laut kat Perak tapi sumpahhhh aku x mampu. masa aku tgk kalau x silap 1 mlm lbh krg rm1300. apoooooo gilo... apooooo mahal macam tu. jadi say bye2 jelah. pastu 2/3 thn dulu aku nampak legend water chalet pun teringin gak. ini pun pada aku masa tu agak mahal sbb semalam dlm rm400 yg atas laut. dalam hati pendam jelah dulu. kumpul dulu duit, dah ada nanti ajak hubby n hero2ku. sekali masa hubby tjkkan hotel legend international water homes ni aku terus jatuh cinta. dahlah atas laut sprt aku idamkan adalak s/pool sendiri. wahhhhh........ apalagi.... aku ayatlah hubby. YAHOO!!! hubby bagi. Tq hubby sbb belanja. :D. wlaupun RMnya wa........... (pdakulah maybe pada u all sebenarnya x seberapa he..he...he..) tapi aku SUKA!!!!!!... aku SUKA!!!!!!

inilah s/pool bilik deluxe yg kita org tempah. nak yg lagi besar pool dia ada tp RM pun lagi besarlah.

sekian utk entri kali ni nanti kita sambung...

SaiFuL's family