Sempena cuti sekolah ari tu, kita org bawa bdk2 pergi bercuti. cuti dekat2 jer kata hubby sbb kalau jauh abis masa utk travel + penat jer.... cari punyer cari, hubby suggest aku buka web site LIWH. Fuyoooooo!!! aku telah jatuh cinta utk kali ke-2. cantikkknyerr.... bestnyerrr........ TAPI ... MAHALLLLLLLLLLLLNYERRRRRRRRRRRR...... hubby pun kata mahal sangat tapi oleh kerana aku dah jatuh hati n tangkap leleh ngan hotel ni, ku pujuk gak hubby dannn. jengg..jengggg.. hubby pun kata okay.... YAHOOO!!!! aku pun memulakan misi utk menenpah. tapi makkkkk aiiiiii........ cuti sekolah katakan. hotelnya mahal..mahallll gi...(sambung sdr) tapi oleh krn aku dah jatuh cintaaaa ngan hotel ini n hubby pun dah kata ok akan ku usahakan juga sampai dapat :D.
akhirnya..... setelah mencuba beberapa kaedah, aku dapat juga membuat tempahan pakej yh paling memurah berbanding kaedah2 lain yg aku cuba. akhirnya dpt pakej 3H2M - deluxe room + b/fast x 2 H + Dinner x 1 M utk 2 pax. walaupun harganya boleh tahan tapi kira masih berbaloi sbb include dinner because utk 1 pax dinner ialah RM68 tp ni aku dpt 2 pax free. masa aku call hotel tu tanya memang dia hanya bagi b/fast sahaja x ada dinner n harga yg ditawarkan pun jauh lebih mhl rm200 semalam dari harga yg aku dpt ni. kira pakej yg aku dpt ni memang berbaloi-baloi.
setelah dpt no. confirmation semua, aku dah x sabar nak pergi bercuti. mood kerja sdh hilang ntah ke mana? malaslah pula nak cari mood kerja tu biarlah dia pegi jln2, x perlah nanti lepas cuti sure dia blk semula. he..he....
cantik tak? cantikkan..... gambar ni aku amik dari web Lagend Inter. Water Homes.
aku excited sgt sbb dah lama teringin duduk kat hotel atas laut ni. apa yg best pun aku x sure tp hati memang teringinlah. dulu aku pernah ushar damai laut kat Perak tapi sumpahhhh aku x mampu. masa aku tgk kalau x silap 1 mlm lbh krg rm1300. apoooooo gilo... apooooo mahal macam tu. jadi say bye2 jelah. pastu 2/3 thn dulu aku nampak legend water chalet pun teringin gak. ini pun pada aku masa tu agak mahal sbb semalam dlm rm400 yg atas laut. dalam hati pendam jelah dulu. kumpul dulu duit, dah ada nanti ajak hubby n hero2ku. sekali masa hubby tjkkan hotel legend international water homes ni aku terus jatuh cinta. dahlah atas laut sprt aku idamkan adalak s/pool sendiri. wahhhhh........ apalagi.... aku ayatlah hubby. YAHOO!!! hubby bagi. Tq hubby sbb belanja. :D. wlaupun RMnya wa........... (pdakulah maybe pada u all sebenarnya x seberapa he..he...he..) tapi aku SUKA!!!!!!... aku SUKA!!!!!!
inilah s/pool bilik deluxe yg kita org tempah. nak yg lagi besar pool dia ada tp RM pun lagi besarlah.
sekian utk entri kali ni nanti kita sambung...
No comments:
Post a Comment