HAppy Father's day utk Suami yg Tercinta, Ayahanda tersayang dan abangku yg macho. Semoga menjadi abah/ayah/bapa yg hebat, outstanding dan carring kpd keluarga selama-lamanya. LUV U ALL.
sepatutnya father's day di sambut esok tapi hubby ajak kita org ronda2 ari ni sbb esok ahad, isnin nak keje + sekolah, nanti penatlah pulak, jadi ari ni operasi jalan2 makan angin. he.... biler tanya abg2 seperi biasa sure nak gi Jusco. so bergeraklah kita org di waktu pagi, tapi x adalah pagi sangat. kang kena tolong bukak pintu juscolah pulak.
sampai kat jusco kita org singgah kat HArris dulu sbb nak beli buku warna utk abg2. yg ada kat umah dah abis di color. belek punyer belek masing 2 dah amik yg berkenan, biasalah abg2 amik buku ben10, ibu buku pooh. he..he...dah tu cari puzzle pulak. sbb puzzle tom & jerry ari tu abang2 dah terror buat. jadi nak yg lain pulak. kali ni amik puzzle dinosour yg susah sikit. sajer jer nak mencabar minda abang2.
dah siap pilih, jom bayar. oleh kerana ari ni sabtu, lupa tul nak bawa beg. ari nikan 'no plastic bag'. sudahnyer belilah beg pop urban satu. kalau x mcm mana nak bawa buku.
dah beli kat harris, hubby tanya nak pegi mana pulak. nak ajak bdk2 main game sure ramai org, jadi kita org layan filem jelah lagi. he.... kali ni tgk KL Gangster. mula2 fayyad x nak sbb dia ingat citer hantu tapi bila tjk poster baru dia nak. "oooooo zack ngan abg nora elena... (aaron azizlah tu).
kalau tanya aku citer dia ok, setakat ni citer2 shamsul yusop pada aku ok. dari bohsia, kl drift dan kl gangster ni semuanya boleh layan. cuma aku penat biler gangster2 ni berbual ckp pelat cina. adoii... melayu ngan melayu pun ckp cina ker? adoiii..aii.. ehh mcm acailah pulak. rindu maharaja lawaklahh....
yg aku kelakar biler tgh tgk wayang.....
fayyad : "knp zack jahat bu? kan dia baik."
ibu : "itu citer lain sayang. itu citer kereta laju, yg ni citer lawan2. kat sini zack jadi shark. dia jahat."
fayyad : "abg nora elena jahat ker?"
ibu : "xlah, abg nora elena dlm ni nama dia malik. dulu dia jahat tp skrg dia dah baik lepas polis tangkap. SHhh..... dlm wayang x leh berbual, nanti org marah"
fayyad : "knp org marah bu?"
ibu : "shhhh...x blhlah. org nak tgk wayang"
itulah gelagat hero pertengahan ku biler masuk wayang. sentiasa ingin bertanya. tapi sib baik x ada org kat depan. he..he... risau gak kena sound.
tapi aku tabik pada aaron aziz sbb masa aku layan nora elena, lomantik dan nampak lembuttt jerrrr seth masa tu, TAPI... biler aku layan KL gangstar makkk aiiii ganasnya malikkkk. x ada sikit pun watak seth tan yg tertinggal. bagus2...bagusss pelakon yg bagussss.
tapi seperti biasa biler bab sedih anak2 aku sure sedih terutama fauzan. masa malik baru lepas kuar penjara dan tgk mak dia berniaga muruku tepi jln x diendah oleh org, fauzan dah nangis. aku pun nangis juga sbb dgn lagu dia, dgn muka malik... sinnnnn sgt. sedihhh gitu. tapi fauzan sedih x ada suara hanya air mata. masa ni fayyad relax jer.
cuma masa shark dtg umah malik dan tolak mak dia keluar dari rumah n acu pedang,hah.. masani pun sedih. aku ngan fauzan pun sedih cuma yg aku x thn biler fayad sedih. siap melalak-lalak kesian kat ibu dia. nasib baik masa tu lagu tgh kuat jadi rasanya org x perasan fayyad nangis. aku siap tutupkan mulut fayyad sbb dia nangis kuat sangat. "hu..hu... fayyad x nak ibu macam ni kalau dah tua...uwaa...wa..." nak ketawa pun ada tapi tkt makin kuat pula fayyad nangis. aku pun pujuk. "taklah.. ini citer jer, lagipun anak ibu baik. anak ibu x buat macam nikan? sayang ibu tak?" " uwaaa... sayanggggg..." " kalau sayang x mau nangis, "itu citer jerlah.. anak ibu baik. nanti fayyad dah besar fayyad jaga ibu n abah kalau dah tua ok?" "emm...." sambil menganguk2 n menahan sedih. baiknyer anak ibu n abah. AMINNNN....
inilah scene shark tolak mak malek n fayayd dan fauzan sedih sangat
yg hubby pula aku tgk tgh gosok2 n pujuk fauzan, sbb fauzan pun sedih. sensitifnyer anak2 ibu. kuar panggung fayyad kata lepas ni x nak tgk wayang lagi sbb x nak tgk citer yg sedih. kah..kah.... kelakar fayyad.
tapi aku suka watak zizan kat sini sbb kelakar dia memang kelakar bukannya kelakar bodoh mcm sesetengah citer yg masukkan babak kelakar tapi yg buat kelakar tu jer ketawa sorang, org lain yg tgk x kelakar pun.
lepas tgk wayang abah belanja mamam kat MFM.
aikkkk.. sepatutnya father's day ibu yg belanja, he... x per sama jer kata hubby. TQ abah belanja mamam. Menu seperti biasa tapi kali ni order terlebih sudah... jadi banyak mamam yg x dapat dihabiskan. sorry rezeki. lepas mamam jalan2 sekejap pastu balik umah..... dalam kete semua tertido setelah kepenatan + kekenyangan = ALHAMDULILLLAHHHH......
P/S : next project - transformer. x sabar nak tgk OP n BB
No comments:
Post a Comment