26.2.09

Atuk kulai dtg umah cat

semalam hari rabu kalau diikutkan sprti biasanya kita org akan blk umah atuk jap. kalu x nanti atk rindu kat pojan n payad tp krn bdn x berapa larat hubby kata x yahlah. masa on the way balik umah cat, atuk call tanya kat ner? rupanya atuk yg nak dtg umah kita org. he..he.... atuk kata nak jumpa bdk2. aku pun tanya pkl brp mak kata lps isyak. ok n aku ckp kat mak makan kat umah cat. mula2 mak x nak tkt menyusahkan tp aku ckplah msk yg simple jer. Bkn apa sbb ada sekali tu mak mente aku dtg umah siap bawa nasi goreng ngan meehoon sup. yg aku pula dah siap masak sambal tumis kerang, ayam goreng dan lemak kobis. aku pun x ckp ngan mak yg aku nak masak dan mak pun x ckp yg mak beli. dahhhh makanan terlebih2 pula. poning tgk atas meja sbb byk sgt benda utk mkn. dan memang banyak lebihnyer. sayangggg jerr rasa. mana yg blh smpn kita org smpn yg x blh kira habislah.



so... semalam hubby kata masak mee sayur jelah n goreng naget. bdk2 pun suka mkn mee sayur. aku pun ok jelah sbb x rumit sgt. dalam pkl 9 atuk sampai. yg pojan dah x sabar. asyik tanya jer knp atuk lmbt. aku bgtulah atuk kena mandi dulu dan kemas dulu baru atuk dtg. 'oooooo atuk nak s embahyang dulu? aku kata aahhh. pastu pojan komplen lagi. lambat sangat atuk sembahyang. aku sengih jer sbb member x sabar nak makan mee sayur. sekali masa atuk dtg atuk siap bawakan lauk sambal tumis telur ngan jajan lagi. agaknya atuk ingat aku masak nasi. he...he..... atuk kata x per blh smpn kat peti ais esok blh panaskan. atuk lepak kat umah samapi kul 11 lbh sikit jer. sbb nak tgk crt intan kat astro. tu yg x leh lbh dari kul 11. dah episod 100 lbh rasanya. panjang giler. aku dah malas nak ikut tp mak mente aku ttp setia.




selepas kemas pinggan mangkuk semua masa aku nak keep telur tu terlintas kat kpl kalau mkn ngan nasi lemak sdp ni. soooo.... apa lagii. ari ni pagi2 lagi aku dah bangun masak nasi lemak, rebus telur x pedas utk bdk2, grg ikan bilis ngan kacang. siaplah sarapan pg utk ari ni. siap tapau utk pojan sbb pojan yg beriya nak bawa bekal pegi sekolah. tp masa nak srpn pojan bertukar fkrn x nak bawa. nak mkn kat umah jer. makanya pojan bersarapan ngan nasi lemak yg telah siap dlm bekas.


selain pojan nampaknya ibu n abah juga telah membawa bekal. alang2 dah ada aku pun tapaulah sbb kekadang asyik mkn kat luar smpi jadi x tau nak sarapan kat ner. jadi kiranya s'pan + lunch aku ari ni ngan hubby kat ruang rahat off aku. romantis gitu makan berdua bawa bekal. kahh.kahh... dan selepas mkn nasi lemak Ya Allah... betapa beratnyer kelopak mata aku. terasa nasi lemak berada di kelopak mata kanan dan sambal tumis berada di kelopak mata kiri. dgn segala kudrat ku aku cuba membuang nasi lemak n sambal tumis yg ada kat mata aku. ayooo......


gambar2 kat atas tu sebagai hiasan jer yerrr. spy u all kecurrr...he......

25.2.09

famili sabah nak dtg kulai


ari tu angah sms aku bgtu yg dia amik tiket nak dtg kulai ngan mak n ayah. Yahoo!!!! yelah semenjak mak ayah balik haji aku x jumpa lagi dgn they all. kebetulan Air asia ada offer 20% ari tu, tu yg angah amik. they all akan dtg pd 25/4 hingga 3/5. lebih kurang 1 minggulah sbb angah kerja x leh nak cuti lebih2. itu pun sbb ada cuti labour day jadi hanya perlu mohon 4 hari cuti. aku for sure akan cuti. aku x ckp kat pojan lagi sbb kalau ckp nanti dai asyik tanya jerr. nanti kalau dah dekat baru aku ckp he..he.....


angah ingat nak ajak anak2 abg tp sbb they all sekolah jadi susahlah sikit. ari tu pun air asia ada offer tp sbb jadual PMR x ada jad x berani nak amik tiket. Anak sedara aku yg sulung thn ni amik PMR, harap2 ok. Nama dia Nur Fatanah Syahirah. Umur baru 15 thn tp bdn makkk aiii llagi besar dari mak dia. kita org panggil dia auji. masa auji lahir dulu aku ting 6. masih terbayang2 lagi mcm mana masa kecik aku mandikan, tidurkan, main dgn dia comellll sgt. skjp jer dah besar panjang rpanya anak sedara aku. dah jadi anak dara dah.




21.2.09

Sedikit tips



minggu ni kita org x tido umah atuk. sajer jer lagipun minggu lepas dah tido umah atuk. kiranya skrg kita org dah pindah umah catlah. cuma brg2 x angkat lagi semua. lg pun bdk2 dah antar taska n tadika jadi atuk x yah jaga. mula2 tu atuk mcm x puas hati jer. abg x pe kata atuk tp adik kecik lg. tp kita org ckp ngan mak x pelah biar mak rehat sbb kesian kat mak. tp mak tetap x puas hati sbb kata mak bukannya ada buat apa pun jaga bdk2. issyhhhh kalau aku cuti menggah aku n hubby melayan bdk 2 org tu. inikan pula atuk. lagipun mak mente aku dah berumur 65. insya allah hjg thn ni 66 thn. jika dibdgkan dgn umurnya alhamdulillah mak mente aku ni tergolong dlm org yg sihat. bkn x ad apenyakit Darah tinggi ada tp kiranya msh bertena mana nak jaga bdk2, masak, basuh kain, kemas rmh dll. aku kalau blk kerja tu adalah tolong sikit2. tp byk mana lah yg mampu aku tolong sbb biasanya dah smpi umah dah kul 7 mlm. jadi urusan umah memang banyak mak yg buat. sekurang2nya bila dah x jaga hero2 aku blhlah atuk rht (hopefullylah...)

mula tu atuk mcm sedih dll tp bila dah masuk 2 bln nmpknya alhamdulillah atuk nmpk dah ok. dah kurang sedih dan perasaan sebagainya. kalau x pkk atuk x terjaga sgt sbb sibuk urus cucu. he.... dan aku alhamdulillahhhh..... walaupun penat sikit duduk rmh sdr thp kepuasan hati tu memang naiklah. he...he... dan aku bersyukurrrrr sgt sbb dpt hubby yg tulangnyer ringan. (ari tu ada gak aku tmbg bdn tp terlupa nak tmbg tulang aku ringan ke tak. he...he...) semenjak duduk sendiri ni hubby banyak sgt membantu dlm urusan tugasan rumah. hubby juga x berkira dlm membuat kerja rumah. biasanya sidai, lipat dan kemas kain my hubby akan buat. aku biasanya iron shj. menyental bilik air, bersihkan halaman luar menyapu dan sebagainya. memang banyak tugasan umah yg hubby tolong n hubby jugalah yg sll melayan pojan buat kerja umah. he....he.....

Aku tau mgkn setengah dari u all x puas hati n aku selaku isteri x patut biarkan hubby buat. tp kena fhmlah sbb dua2 bekerja. tp ini bukanlah bermakna aku x buat kerja rumah. bahagian aku yg lain lah pula. lagipun tugasan tu kita org buat secara bergilir. cth mcm sental bilik air. bukannya tiap2 hari. 1 bln plg kurang 3 kali bergantung pd keadaan blk airlah, jadi tukar2lah sental. kekadang aku kekadang hubby, tp biasanya x ada jadual pun dan x yah tunggu keluar arahan, biasanya inisiatif sdr nak buat. mcm sidai kain pun kekadang aku kekadang hubby. lagi satu bab basuh pinggan. aku kalau blh x nak my hubby basuh pinggan tp my hubby kata aku kemas meja. nanti dah siap kemas baru aku sambung basuh pinggan. tapi siap jer aku kemas meja n sapu lantai ( setiap kali lepas mkn sure kena sapu sbb payad mamam sepah) my hubby pun siap. kata hubby x pelah. bila dah dua2 siap blh tgk tv sama2. kalau biar aku buat sorang2 aku penat, rmh lmbt kemas n hubby pun x ada kawan tgk tv. bila dah siap mcm tu dah blh tgk tv sambil komen apa yg x patut. kahhh.kahh... banyaklah masa utk bersama sembang2 n tgk tv.

lainlah bg mereka yg ada maid. mgkn situasi u all berbeza sbb ada pembantu. tp mcm kita org yg x ada maid lbh kurang mcm tulah kita org melakukan tugasan rumah bersama. tp bila buat bersama2 memang byk perbezaannya. wlpun x ada maid alhamdulillah umah masih blh dikira kemas x adalah bersepah, kain2 semuanya masih berlipat, pinggan mangkuk pun x adalah smpi penuh singki baru berbasuh. Tp jgnlah u all bygkan umah aku kemas mcm show house. maksud aku kemas tu kusyen2 masihi teraturlah. kalau nak duduk atau ada org dtg pun x adalah kena berlari angkat itu angkat ini. hujung minggu pun masih ada masa nak bawa anak2 keluar, x adalah hjg minggu jer dah x larat nak kuar sbb dah penat kemas rumah. alhamdulillah pojan pun dah besar. dah pandai tolong ibu n abah kemas umah. kalau kemas pun ikut mcm abah, kemas jer... adik kecik lagi jadi adik biasanya tolong sepah.

lagi satu setengah hubby cara bantuan pd wife tu lain iaitu dari segi memasak. for example my ayah. walaupun ayah aku bekerja sbgi cikgu tp my ayah terror dlm bab2 masak. terutama kelantan's food. very the delicious one. nasi dagang.. yummmyyy..., nasi kerabu.... taaapunnnn atau pun laksa kelantan. fuhhhh...sodappp.. kalau kita org buat kenduri pun biasanya x yah import tkg masak dari luar. sbb ayah n mak akan memasak. biasaya they all bagi2lah lauk apa yg nak dimasak. bestttt..... sbb tu stp kali aku balik sabah sure ada kenduri. sbb kenduri tu nohal punyalah.

Sorrylah aku membebel bukannya apa sajer nak kongsi tips utk mereka2 yg x ada maid. tp aku x leh nak kata lbh2 sbb setengah isteri dpt suami yg badannyer kecik n ringan jer, tp tulang dia makkkkk aiiiii berat giler. kalau tulang tu dah berat jadi phm2lah, buatlah apapun memang susah nak gerak. tp apa yg aku nmpk org yg berat tulang ni ada 2 jenis. ada yg berat tulang x membantu tapi jenis x bersepah, itu kira ok lagi. lagi sejenis dahlah tulang berat tp sukerrrr sgt nak buat sepah. jenis yg ke-2 ni memang x leh nak katalah.

lagi satu tips yg aku dpt mak mente aku ttg dapur. kalau nak cepat dalam penyediaan makanan pastikan bwg2 merah, lada kering, halia, udang kering, ikan bilis dan sebagainya telah siap dikisar. kalau nak masak tinggal amik jer . x yahlah bila nak masak masa tu baru nak kopek kulit nak tumbuk, lecehhh... kalau u all housewife sepenuh masa maybe blhlah kot. tp housewife skrg pun pd aku dah busy. pagi siapkan sarapan, kena antar anak gi sekolah, balik kena masak hdgn tghri pula dah tu amik anak dari sekolah, dah siap mkn mandi salin baju antar pula ke sekolah agama ptg. sementara tu siapkan hdgn mlm smbl kemas umah rht skjp amik anak pula balik sekolah agama. mlm kekadang ada tusyen kekadang ada kelas mengaji kena siapkan they all pula. jadi pd aku walau apa pun sebenarnya kita kerja ke x kerja ke kita sentiasa ada tugasan yg harus dilaksanakan.

20.2.09

lunch ngan usu

ingatkan aktiviti tghri nak membuto jer. tup2 aku dah tutup lampu tggl nak landing jer si kecik aku dtg. si kecik yg dah besar dan tinggi x lain x bukan adik aku yg bongsu usu. usu skrg ada kat UTM skudai amik archi. insya allah thn dpn abis. dan kiranya dah 5 thnlah usu kat sini. pejam celik pejam celik skjp jer 5 thn. memandangkan usu dah sampai maka kita org pun pegi lunch. tghri ni kita org lunch kat Singgah Selalu. kiranya restoran yg famouslah kat Jb ni. res ni buka 24jam. dan kalau lunch ngan dinner memang sentiasa ramai org. terutama kalau cuti sekolah sarapan pun kekadang ramai. aku tahu sbb tiap2 kali pegi kerja sure lalu depan restoran ni. he...he...

kalau mkn lunch pilihan lauk memang banyak, ada lbh dari 30 jenis. nak yg bkr, goreng, lemak, panggang dan apa sj memang ada. itu x termasuk menu ala carte. kiranya siapkan porut jelah dan x lupa duitnyer sekali. harga makan pun x kurang murah dan x mahal sgt. tp kalau tanya aku mahal gak. sekali sekala blhlah.


ini nasi usu - nasi + ayam grg + sotong sambal


milo ais usu

limau ais aku. lupakan seketika sakit tekak yg melanda


gambar nasi aku x yahlah amik. kang tokojutlak egkorang tgk he...he... tp aku amik nasi + ayam kurma+ kerabu mangga + kentang dan air pula Milo ais utk usu dan air limau utk aku =RM16.80. emmmmm.... mahal gak sbnrnyakan?











sajer jer post gambar

abg tgh main motor.
adik ngan krtpi thomas




abg dah teror main game ni.

abah tgh tolong adik tp biasanya adik x nak. kalau msk gol sdr adik sorak konon dia menang. tp kalau gol kat abg adik x sukerrr. kelakarlah adik ni.



gambar aik bermain buih sabun











aksi2 adik bermain buih sabun. bgnn petang jer mesti nak main sabun. kekadang abg temankan tp kekadang ibu yg teman kalau abg busy nengok cd

ABg n Adik X nangis




Hari antara hari yg bahagia bagi aku sbb my hero pegi sekolah tanpa menangis n sedih. fauzan ok dan fayyad pun ok. selalu tu kalau x nagis pun sure sedih tp hari ni nampaknya anak2 ibu dah besar. he...he...he... ayang aya'. Abg pun x sedih mgkn sbb dia dah tahu kalau pki baju skn esok adalah cuti. jadi dia x sedih. setiap hari jumaat merupakan ari aktiviti. jadi x yah bawa beg sekolah. semua dtg pg. yg sesi ptg pun dtg pagi.

17.2.09

Sepah - Raja LAwak 3


Aku nak tanya, sape tgk Raja Lawak 3? Bukan nak promote tp bg aku kump they all memang best. kalau tgk, stp mggu sure akan ketawa. cuma bak kata juri ari tu they all punyer lawak agak kasar sikit. utk Info96 sepah tu terdiri dari 3 org anak muda yg berasal dari kulai, jhr. n yg tinggi tu yg nama dia MAMAT adalah adik ady. same kan muka? he..he... kalau nak tau yg mana satu hah tgklah raja lawak 3. jumaat mln kul 9 mlm astro prima. kalau rasa2 nak undi pun blh. he...he....kiranya kita org lepas isyak terus cao gi umah mak sbb nak tgk raja lawak. x leh miss punyer.

Umah cat lum ada astro. ingat nak pasang gak tp nanti2lah. x larat ooo byr astro utk 2 umah. sbb yg kat umah mak pun still kita org bayar. siap ada movie package uu... so umat cat kemudianlah. lagipun kita org kat jhr dpt TV singapore. jadi lbh kurang mcm astro gak lah sbb tv singapore pun best2.

* gambar kat bwh ni


Dari kiri: Mohd Noor Murad @ Mamat, Shahmira @ Syuib dan Mohd Nadzri @ Nazri.
inilah mamat

16.2.09

Gambar2 yg dah lama terperap

gambar kat bawah ni mempunyai banyak cerita kerana kejadian nya berlaku pada masa n tempat yg berlainan.




lihatlah gambar matahari kat gambar atas ni. aku amik gambar ni masa ari isnin ari tu on the way pegi kerja. mataharinyer teramattttlah merah... skt mata kalau tgk. mula2 aku x perasan sbb aku tersenguk2, tp hubby yg tunjukkan. terus aku amik gambar. tp lain mcm je wrn dia. agaknya sbb cuaca skrg yg teramat panas. memang panas. smpi pening2 kpl sbb cuaca yg x berapa best. kalau tgk keadaan org skllg pun majoriti selsema n batuk.


abg pojan buat muka
adik payad bergambar ngan krtpi kesayangan thomas n friends
hero besar tgh memberi tunjuk ajar pd hero2 kecik. keeelasss menjahitt.... he...
3 gambar kat atas ni aktiviti hujung minggu yg lepas punyer lepas. lepas pegi jemputan kahwin jiran sblh umah mak kita org terus gerak gi Jusco Bkt Indah. kiranya jusco yg terbaru kat jhrnilah. besar memang besar. fauzan n fayyad sukerlah sbb ada tempat game. w/pun x sebesar jusco tebrau tp kira oklah. kalau x sblm ni kita org akan ke jusco tebrau yg lbh jauh kalau nak bawa fauzan pukul buaya tp skrg jusbco bkt indah dah ada kira dah dktlah.


abah bersama troli ngan mak n ucu. gambar candid...




adik n abg tgh tekun melihat air pancut berirama. adik smpi x nak balik nak tgk. tp adik sbrnya nak tgk air pancut tu ke atau nak tgk awek2 chinese tu mandi??? adik nak tgk airrr... tp yg kelakarnya adalah pulak mandi. blh mandi ker? ntahlah. yg pst semua org kat situ dok tgk bdk 2 org tu yg mandi sakan. mak bapak dia selamberr jerr. ntahlah.

hujung minggu lepas kita org pegi lagi jusco bkt indah. He..he.... sambil bawa pojan n payad kita org ajak atuk sekali sbb atuk belum pegi. seperti biasa mak mente i very the seporting akan ikut. lagipun lps gi jusco kita org sggh umah akak ipar aku kat Jb tu yg mak mente i ok. masa pegi jusco memang sale tp almaklumlahhhh kocek aku n hubby x sale jadi window2 sopping jelah. walaupun window ada gak 'ter'masuk baju besar n kecik dlm troli... he...he.... kalau x ckp smpi hjg bulan pandai2lah picit hubby extra... nak tggu ke hjg bln. muahhhh... syg abah yer..


hasil kerja pojan

hasil kerja payad
jgnlah terperanjat tgk gambar kat atas. bukan berselerak tp saje nak tjk hasil kerja my hero. ahad ari tu my hubby telah menjalankan projek melipat kain yg banyak tertimbum. bukan sbb ditimbun tp sbb bdk2 x sihat jadi kain utk kesat muntah, kain yg terkena muntah dan sebagainyer. maka ketika hubby menjalankan projek tersebut adalah 2 org sukarelawan membantu abah lipat kain. maka itulah hasil kerjanyer. yg atas hasil lipatan abag fauzan n yg bawah hasil lipatan payad. aku pun tak tau nak kata hasil atau hasil longokan sebenarnya. he...he.. x pelah yg penting mereka mempunyai niat utk membantu tanpa disuruh atau diminta. rajin anak2 ibu. minta2 biarlah kerajinannyer berpanjangan samapi ke besar. tp antara adik ngan abg, adik yg paling rajin. mukin sbb adik kecik lagi dia x faham. RAJIN SEPAH.....





hah yg ini pula aktiviti petang ari hero2 aku. kekadang x kira petang pun. kalau dia kata nak main malam pun dia ajak main buih sabun. kalau pegi kedai abg sibuk beli mainan ben 10 tp adik x. adik skrg lbh pd buih sabun. asyik minta beli buih sabun. kekadang siap amik sabun axion aku suruh buat air sabun. saborrr jelah. pernah aku try tp x leh. x kuar pun sabun bila tembak. ibu ok jer sbb best gak sekali2 layan main buih sabun. ari tu siap main ngan anak2 jiran aku lagi. aku ngan payad tembak pojan ngan anak2 jiran aku seramai 4 org kejar n letupkan buih sabun. besttt.......

15.2.09

12.2.09

Mana kucing

mana ikan 2x
di laut 2x
mari kita pancing2x
x dapat 2x

mana kucing 2x
di dapur2x
curi ikan goreng 2x
ngiau ngiau ngiau 2x

mana burung 2x
di pokok 2x
mari kita tgk 2x
cip cip cip 2x

sure u all musykil apa benda lah yg aku membebel kat atas. itu sebenarnya lagu baru fauzan n fayyad masa kat sekolah. lagu dia sama mcm ibu jari di mana? cuma ubah lirik jer. skrg adik asyik nyanyi lagu ni. kelakar tul kalau adik nyanyi sbb lirik tu nanti tertukar2. kekadang kucing kat lautlah ikan kat daput. tp yg kelakar bila dia nyanyi n buat lirik sendiri. "mana ibu 2x, di pokok 2x". bile aku buat2 terperanjat adik siap mengekek ketawa.

rindu bile ingat adik. ari tu aku cuti lagi 2 hari sbb bdk2 x sihat termasuklah ibu n abah. tp abah kerja. digagahkan juga badan utk bekerja. adik siap demam sekejap tp bila dah bagi ubat demam oklah skit. cuma selsema n batuk yg x kurang. risau bila tgk dia berhingus jer. comot. ubat dah bagi tp kurang skjp jer pastu ada blk batuk n selsema.

tp ari ni pegi sekolah gak. sprt biasa anak2 aku ttp sedih bila nak berpisah ngan ibu n abah, walaupun dah masuk bulan februari. fauzan dari semalam lagi dah tanya aku n abah bila cuti n bape lama cuti. poning2. mak cik. bukannya x ada kwn kat sekolah tp manja ngan ibu n abah. tu yg sedih setiap kali antar ke sekolah.

1.2.09

Februari 2009

sedar x sedar dah masuk bln feb 09. skjp sgt masa berlalu. aku rasa januari ari tu x smpt buat apa2 tup2 dah habis jan 09. apa yg pasti jan 09 pd aku adalah bulan kesihatan yg merundum. Aku sebenarnya adalah seorang yg sihat dari segi fizikal, alhamdulillah. dlm 1 thn nak demam memang payah. seingat aku last aku demam masa raya 2004 slps bersalin fauzan. masa tu memang aku n hubby demam, sib baik baby x dmm. selepas tu kalau ada skt pun pening2 jer. tp januari baru2 ni aku n hero2 ku teruk diserang batuk n skt tekak. seingat aku kali ni yg plg teruk aku pernah kena shhgg suara ku dari garau2 manja jadi ala2 garau2 mengada2. kata hubby ala2 suara fasha sandha. (kah4x). shgga skrg suara ku msh blm pulih sepenuhnya dan masih ada saki baki batuk. punyelah x best sbb tidur pun asyik terjaga, tekak kering. nak telah air liur pun skt ( tp yg muskilnyer bila makan x skt pula, he...he...) tp aku memang mcm downlah sekejap sbb aku x pernah kena.

yg hero2 aku pun sama. mulanya selsema lepastu batuk. 3 kali bawa ke klinik. habis ubat pegi lagi kurang sikit jer lepas tu pegi lagi klinik. fayad kena batuk ngan selsema. kahak banyak sgt tp sbb fayad x pandai nak keluarkan tu yg jadi lagi lambat nak baik. setiap kali tido x kiralah siang ke mlm ke pasti asyik terjaga sbb batuk. bila malam pula syik muntah jer. baru tido skjp batuk2. bila dah batuk nanti x lama sure muntah. nasib baik cuaca panas sbb bila basuh kain keringlah juga. sbb sll yg kena selimut n comforter. bila dia dah muntah baru dia lega sikit n blh tido. smpi skrg pun adik masih batuk lagi. pagi tadi pun bangun tido nak pegi Taska pun muntah. tp oklah sbb yg keluar tu lendir n kahak yg warna hijau.

yg fauzan pula siap demam2 lagi. ari tu pun aku siap bawa pegi sedut inhaller sbb fauzan memang ada semput. bila dah bagi ubat pun x kurang aku terus bawa pegi klinik. fauzan kiranya kali ni kena batuk + selsema + demam + semput. sama mcm adik mlm pun x leh nak tido sgt. asyik batuk2. ada sekali tu mula2 abg yg asyik batuk2. dah letak vicks kat dada n urut2 dada dia, tepuk2 blkg dia baru ada kurang n blh tido. sekali baru nak baring yg adik pula batuk2 sampai muntah. dah sapu vicks salinkan baju semua n alas baru adik lega. baru je kita org nak baring abg lagi sekali bangun n batuk2. akhirnya kul 3.30 pg baru kita org tido. sian hubby sbb esok kena kerja pula.

apa pun alhamdulillah hubby sihat. kalau semua kena aku pun x tau nak buat mcm mana. bolehlah hubby buat benda2 yg aku x larat. dan masa kena tu usu pun ada sbb semester break x blk sb tiket mhl. jadi lepak kat umah aku jer. bila siang usulah yg byk membantu. kalau bdk2 nak susu aku suruh they all minta kat usu. He..he... mandi pun usu yg mandikan kecuali adik ikut mood. kalau kata nak ibu mandikan x pyhlah susah2 srh usu mandikan. memang dia x nak.

lagi satu benda yg aku saja2 nak borak ialah pasal kos rawatan klinik swasta. bru hari tu aku ngadu kat hubby tup2 x lama lepas tu tgk berita terjawablah kemusykilan aku. aku kalau2 bdk2 x sihat memang bawa ke klinik A sbb nmpknya kita org serasi ngan ubat2 yg they all guna. tp skrg klinik A dah pdh bgnn baru iaitu bgnn sendiri n klinik A ni kalau aku mention memang terkenal kat jhr sbb caw. dia saja rasanya lbh dari 20 cwgn seluruh jhr. kulai jer ada 5 kalau aku x silap. masa kat bgnn lama kalau aku jumpa doktor n amik 3 jenis ubat iaitu dmm + selsema + antibiotik = RM18 - 22 lbh kurang. tp baru 2ni masa aku pegi tmpt baru benda yg sama n ubat yg sama RM40. mula2 aku x perasan tp baru ni masa bdk2 x sht 1 st time aku bawa they all charge RM68 utk fauzan n fayad. kali kedua aku pegi aku buat scan utk fibroid aku termasuk bw bdk2 jmp dr. aku kena RM105. terperanjat gak aku. ubat yg sama cuma tmbh ubat btk. aku macm terkedu. n kali ketiga aku pegi bawa fauzan sedut inhaller + ubat batuk + ubat selsema + ubt cair lendir = Rm42. makkk aiiiii. aku pun ngadu kat hubby. sekali mlm tu masa dgr buletin tv3 ada keluar kes tu. rupanya selain aku ada ramai lagi pengguna yg mengeluh kos rawatan N ubat di Johor naik smpi 300%. rupanya sbb pembungkusan ubat rupanya. sll klinik2 ni beli byk n masukkan kedlm btl yg kecik2 oleh staff sdr tp skrg they all beli yg siap pek kecik2 dari kilang n kilang jual mhl. kalau dulu pek sdr 1 btl kecil kos nya cuma rm3 tp bila dari kilang kosnyer jadi rm7-9 1 btl. itu jawapan yg dr. tu jwblah bila tv3 tanya knp ianya terjadi. tp mmg betul sbb dulu ubat2 yg aku beli semuanya kat btl yg jernih tp skrg semua btl dah warna putih. baru aku tau knp kos tu melambung. dan aku pun x sure knp phk klinik beli yg btl putih knp x pek sdr jer. ntahlah... sama ada pengelaur dah x nak jual ubat secara botol besar ke atau staff klinik yg mls nak pek. ntahlah... malas nak fikir.

aku cuma berharap yg hubby, hero2 n aku sentiasa sihat. bgtu juga ahli keluarga ku yg lain.

SaiFuL's family