sedar x sedar dah masuk bln feb 09. skjp sgt masa berlalu. aku rasa januari ari tu x smpt buat apa2 tup2 dah habis jan 09. apa yg pasti jan 09 pd aku adalah bulan kesihatan yg merundum. Aku sebenarnya adalah seorang yg sihat dari segi fizikal, alhamdulillah. dlm 1 thn nak demam memang payah. seingat aku last aku demam masa raya 2004 slps bersalin fauzan. masa tu memang aku n hubby demam, sib baik baby x dmm. selepas tu kalau ada skt pun pening2 jer. tp januari baru2 ni aku n hero2 ku teruk diserang batuk n skt tekak. seingat aku kali ni yg plg teruk aku pernah kena shhgg suara ku dari garau2 manja jadi ala2 garau2 mengada2. kata hubby ala2 suara fasha sandha. (kah4x). shgga skrg suara ku msh blm pulih sepenuhnya dan masih ada saki baki batuk. punyelah x best sbb tidur pun asyik terjaga, tekak kering. nak telah air liur pun skt ( tp yg muskilnyer bila makan x skt pula, he...he...) tp aku memang mcm downlah sekejap sbb aku x pernah kena.
yg hero2 aku pun sama. mulanya selsema lepastu batuk. 3 kali bawa ke klinik. habis ubat pegi lagi kurang sikit jer lepas tu pegi lagi klinik. fayad kena batuk ngan selsema. kahak banyak sgt tp sbb fayad x pandai nak keluarkan tu yg jadi lagi lambat nak baik. setiap kali tido x kiralah siang ke mlm ke pasti asyik terjaga sbb batuk. bila malam pula syik muntah jer. baru tido skjp batuk2. bila dah batuk nanti x lama sure muntah. nasib baik cuaca panas sbb bila basuh kain keringlah juga. sbb sll yg kena selimut n comforter. bila dia dah muntah baru dia lega sikit n blh tido. smpi skrg pun adik masih batuk lagi. pagi tadi pun bangun tido nak pegi Taska pun muntah. tp oklah sbb yg keluar tu lendir n kahak yg warna hijau.
yg fauzan pula siap demam2 lagi. ari tu pun aku siap bawa pegi sedut inhaller sbb fauzan memang ada semput. bila dah bagi ubat pun x kurang aku terus bawa pegi klinik. fauzan kiranya kali ni kena batuk + selsema + demam + semput. sama mcm adik mlm pun x leh nak tido sgt. asyik batuk2. ada sekali tu mula2 abg yg asyik batuk2. dah letak vicks kat dada n urut2 dada dia, tepuk2 blkg dia baru ada kurang n blh tido. sekali baru nak baring yg adik pula batuk2 sampai muntah. dah sapu vicks salinkan baju semua n alas baru adik lega. baru je kita org nak baring abg lagi sekali bangun n batuk2. akhirnya kul 3.30 pg baru kita org tido. sian hubby sbb esok kena kerja pula.
apa pun alhamdulillah hubby sihat. kalau semua kena aku pun x tau nak buat mcm mana. bolehlah hubby buat benda2 yg aku x larat. dan masa kena tu usu pun ada sbb semester break x blk sb tiket mhl. jadi lepak kat umah aku jer. bila siang usulah yg byk membantu. kalau bdk2 nak susu aku suruh they all minta kat usu. He..he... mandi pun usu yg mandikan kecuali adik ikut mood. kalau kata nak ibu mandikan x pyhlah susah2 srh usu mandikan. memang dia x nak.
lagi satu benda yg aku saja2 nak borak ialah pasal kos rawatan klinik swasta. bru hari tu aku ngadu kat hubby tup2 x lama lepas tu tgk berita terjawablah kemusykilan aku. aku kalau2 bdk2 x sihat memang bawa ke klinik A sbb nmpknya kita org serasi ngan ubat2 yg they all guna. tp skrg klinik A dah pdh bgnn baru iaitu bgnn sendiri n klinik A ni kalau aku mention memang terkenal kat jhr sbb caw. dia saja rasanya lbh dari 20 cwgn seluruh jhr. kulai jer ada 5 kalau aku x silap. masa kat bgnn lama kalau aku jumpa doktor n amik 3 jenis ubat iaitu dmm + selsema + antibiotik = RM18 - 22 lbh kurang. tp baru 2ni masa aku pegi tmpt baru benda yg sama n ubat yg sama RM40. mula2 aku x perasan tp baru ni masa bdk2 x sht 1 st time aku bawa they all charge RM68 utk fauzan n fayad. kali kedua aku pegi aku buat scan utk fibroid aku termasuk bw bdk2 jmp dr. aku kena RM105. terperanjat gak aku. ubat yg sama cuma tmbh ubat btk. aku macm terkedu. n kali ketiga aku pegi bawa fauzan sedut inhaller + ubat batuk + ubat selsema + ubt cair lendir = Rm42. makkk aiiiii. aku pun ngadu kat hubby. sekali mlm tu masa dgr buletin tv3 ada keluar kes tu. rupanya selain aku ada ramai lagi pengguna yg mengeluh kos rawatan N ubat di Johor naik smpi 300%. rupanya sbb pembungkusan ubat rupanya. sll klinik2 ni beli byk n masukkan kedlm btl yg kecik2 oleh staff sdr tp skrg they all beli yg siap pek kecik2 dari kilang n kilang jual mhl. kalau dulu pek sdr 1 btl kecil kos nya cuma rm3 tp bila dari kilang kosnyer jadi rm7-9 1 btl. itu jawapan yg dr. tu jwblah bila tv3 tanya knp ianya terjadi. tp mmg betul sbb dulu ubat2 yg aku beli semuanya kat btl yg jernih tp skrg semua btl dah warna putih. baru aku tau knp kos tu melambung. dan aku pun x sure knp phk klinik beli yg btl putih knp x pek sdr jer. ntahlah... sama ada pengelaur dah x nak jual ubat secara botol besar ke atau staff klinik yg mls nak pek. ntahlah... malas nak fikir.
aku cuma berharap yg hubby, hero2 n aku sentiasa sihat. bgtu juga ahli keluarga ku yg lain.
No comments:
Post a Comment