22.3.09

Zoom Malaysia day 1




19.03.09

Seperti yg telah dirancang, 19 - 21.03.09 merupakan hari cuti2 m'sia dan blh juga dikatakan hari keluarga sbb kesemua adik beradik hubby akan berkump utk pergi bercuti ke Bkt Fraser. semuanya ada kecuali 2 org menantu lelaki mak n 3 org cucu or anak kak ani yg x ikut.ini semua adalah atas usaha Uda (akak ipar ku yg ke-3)dan Uda sbgi kktgn gomen telah menempah Banglo Rumah Persekutuan, di Bkt Fraser. Sewa memang murah RM200 utk 1 mlm bg 1 banglo 6 bilik dan kita org sewa 2 Mlm.

masa aku korek2 info dari pn p-nut (yg baru jer pegi ari tu), dia kata 3H 2M adalah jgk masa yg pjg. sbb x ada xtvt sgt kat situ, byk tmpt tgh renovat. masa dia pegi 2 jam jer dah abis pusing, tp aku kata x pelah kalau x ada aktiviti kita org akan penuhkan aktiviti kat situ dgn acara sesi umpat mengumpat ngan ipar duai n mak mente aku. he...he.... Tp bila smpi kat situ, ternyata tempatnyer tempat memang best. Maybe sbb kita org pegi rmi2 itu yg jadi best. 3H 2M kat situ x terasa pun. rasa mcm baru jer samapai, tup2 dah kena kemas utk balik.


maka dlm kul 10 pg, 2 kereta dari Jhr telah mula bergerak iaitu kete hubby (Utih) n kete Ucu. kiranya dari kulai ada 2 kereta n nanti kita org akan jumpa ngan Long kat s'ban utk konvoi n lunch. manakala lagi 2 kereta gerak dari Kl iaitu kereta Uda n kereta Teh. Teh ni bukanlah my hubby punyer adik beradik tp dia adalah Uda punyer adik ipar. wpun bkn famili tp kita org dah biasalah juga dgn famili dia. jadi ok jerrr.. kiranya ada 5 kereta semuanya. lbh kurang kul 12.30 kitaorg smpi kat s'ban.

dlm kul 1.30 ptg gerak semula lepas lunch kat hentian s'ban. kita org konvoi dlm 3 kereta tp oleh kerana kereta Ucu ada masalah teknikal sikit n ngan ada yg tersalah jalan maka konvoi tersebut x berjaya. he...he... dgn kata lain jln sdr2 jelah. dgn nak bagi2kan orglah, nak bagikan brglah dan mcm2 lagi tu yg konvoi msg2 jer. he... kitaorg smpi kat tol Tg Mlm lbh krg kul 3.10 ptg dan terpaksa menuggu yg lain >< 1jam. kita org x ikut rawang yg spttnya lbh dkt sbb tkt jam tu yg msk tol tg mlm. kul 3.50 long sampai n terpaksa tggu Ucu pula sbb tyr ucu pancit jadi dia kena pegi cari tayar Spare. Akhirnya lbh kurang kul 4.30 ucu smpi n ayil (anak kak ani) telah ditransfer ke krt Long maka hubby n Long gerak dulu ke Bkt Fraser, mnkl ucu pegi bndr tg Mlm cari tayar spare.

Oleh kerana nak naik ke Bkt Fraser tu ada masa yg telah ditentukan maka my hubby terpaksa pecut sedikit sbb bmbg x sempat. mengikut Uda masa utk naik bkt fraser kul 5 - 5.40 kalau x sempat kena tggu pkl 7 ptg pula. makkk aiii lamanyer kena tggu sbb jln naik tu hanya muat utk 1 kereta shj tu yg they all buat jdl. setelah mengeluarkan skil2 yg ada n long yg ikut kat belakang pun terpaksa mengeluarkan semula skill yg ada akhirnya kul 5.30 kita org smpi kat gate n terus naik. alhamdulillah. rupanya kalau kena tggu, tggu mcm tu jelah sbb x ada disediakan tmpt hentian atau tmpt tggu yg khas. bahayanyerrrr sbb tggu tepi jln jer n ddklah dlm kereta.

kat bwh ni aku masukkan jdl lalulintas tersebut. kot2 ada sesape yg nak merancang nak gi bkt fraser blhlah agak2 smpi kat sana kul bape spy u all x yah tggu lama2 kat bwh or kat atas. yelah bukankah penantian itu satu penyiksaan.. he...he... mcm tajuk lagu jer.



Apa yg pst dan blh aku ckp ialah perjalananya yg mencabar. bengkang bengkok. dari jln kuala kubu bharu tu dah mula bengkang bengkok tp still ok sbb jln besar, tp bila naik bkt fraser lg mencabar. sib baik my hubby yg drive. kalau org lain yg bawa rasanya aku x pegilah kot bkt fraser tu. x conpident mak cik. n akak ipar aku iaitu mak ngah n alin her daughter, telah terkeluarkan lunch mereka masa kat s'ban tadi dgn jayanya semasa proses naik bukit tersebut...he..he... muntah da... x thn dgn jln yg bengkang bengkok.

Mula2 tu aku mcm frust gak sbb uda n teh dah smpi dulu n uda call kata umah tu x berapa terurus. yelah almaklumlah umah yg jrg ditempah maka tak berapa teruruslah dlm kpl ku terfikir. dahlah jln yg x berapa best bengkang bengkok, jauh, tup2 dpt umah x best pula... adossss!!! feninnn mak cikk... TAPI....

tapi bila dah smpi rupanyer uda buat lawak. ternyata banglo tersebut memang best ngan udara yg nyaman, bilik yg besar, perabot yg modern, pmndgn yg cantik memang best. rmh tersebut juga telah dijaga dgn baik dan bersih. banglo tu ada 6 blk. kiranya aku dpt 1 blk, uda 1 blk, teh 1 blk, ucu 1 bilik, bibik2 (uda n teh punyer) 1 blk n lg 1 blk mak kongsi ngan kak ani n kak sal serta the gang. blk mak ada 1 katil Queen n 1 katil bjg dan terletak di bwh sama ngan blk bibik kat bwh cuma bibik punyer blk katil single 2 bj. apa2 pun setiap bilik ada Tv, peti ais, aircond n blk air sdr. kalau tau stp blk ada tv sure hubby bawa CD player. peti ais we all pun siannn kosong jerrr sbb x tau ada pti ais, kalau x wjb aku bw jajan lbh. aku cuma bawa coklat n keropok jer jadi x yah letak dlm peti ais. tp vacation kita org ni sbrnya terbawa mamam lbh. dan ada gak yg mamam terpaksa dibawa blk sml. he....

banglo tersebut gak dilengkapi ngan pggn magkuk, gas, rice cooker yg 9 put tu n periuk belanga. tp we all ada bawa sdr gak sbb x sure besar mana n byk mana pggn mgkk n periuk belanganyer. ( mak mente siap bawa blender n periuk nasi lagi n teh siap bawa presurre cooker gitu, uda pula selain bawa kuali jeng... set karaoke pun ada....)

blh dikatakan knk2 bebas berlari dan para ibu2 bebas melepak n bersantai. lagipun tepi umah tu ada disediakan tmn permainan jadi memang x boring. lps mkn n berkemas bw hero2 aku n anak2 sedara yg lain joint sekali main kat tmn. kul 12 tghri pun blh main kat tmn sbb x pns. bdk2 pun x msm sbb udara yg sejuk they all x berpeluh sgt wlupun bermain kejar2.

Oleh kerana kita org rmi iaitu seramai 26 og yg terdiri dari 12 org knk2 n 14 org dewasa maka we all decide masak jelah. mula tu aku n hubby kata gilir2 lah msk n mkn luar tp dari info yg kita org dpt byk tmpt kat situ tgh di renovat maka kita org ikut jelah bila kata kena masak. mula tu they all nak bg tugas sape kena masak n aku dah cop ari ahad. tp akak ipar kata aku 'Bodo' he...he... sbb kita org sabtu dah check out yg aku cop ahad buat apa. tu aku tanya balik, x blh ke? he... itu bkn BODO itu pndi jwbnyer. he...he...

menu we all memang simple. mlm hari yg kita org smpi tu mnm ptg uda buat bubur kcg hijau. yummyyyy!! odappp...... mlm pula teh buat BBQ n uda buat nasi goreng. ayam siap guna ayam organik gitu. less fat n less kolestrol kata teh n aku smbg less rasa tp dlm hati jelah. yelah org dah msk xkan nak komplen lbh2 plak...byk cantikk...

ok, cukup cerita hari pertama. lain kali cerita lagi. doa restu utk semua... panjang umur.... ehhh itu dah masuk lagu sudirman. sorrylah yer. tp cerita day 2 nanti i masuk kan dlm entri lain. ok. mata dah ngantuk. babam dulu.... ZZZZZZZZZ..... ehhh..... sebelum tu layanlah gambar2 kat bawah. gmbr rumah n aktiviti day 1.

pojan posing smtr tggu ibu beli brg pesanan uda. ini kat mini market berhanpiran gate msk bkt fraser. sojukkkkkk

inilah banglo yg kita org duduk. pmndgn dari tepi dari tmn permainan. kita org duduk kat Banglo B


ini gambar tangga utk naik atas. siap karpet merahhh gituuuu. onyummm hero2 ibuu..

ini gambar bilk atuk. masa nak keluar siap kemas lagi... he...he....

inilah keadaan dapur we all masa day 1. masa baru smpi, x kemas lagi. semua cmpk kat atas tu. lihatlah mamam yg berderet. itu x tunjuk yg ltk kat bwh lagi.. he...he... ngeri u

ini ialah ruang mkn utama. ada 10 seat tp kat ruamg tamu pun ada gak meja mkn yg kecik muat utk 6 org. cantikkan???

ini ialah ruang tamu. berkenan tul i n hubby tgk sofa tu yg amat sesuai diletakkan diruang yg besar ini. kelihatan mikhail anak teh tgh berkaraoke.

dari kiri :- nadia (anak uda), pojan (anak utih), lily (anak uda) n Mikhail (anak teh)

No comments:

SaiFuL's family